Kesihatan dijadikan keutamaan dalam semua rancangan pembangunan kerajaan/agensi (Health in All Policy) melalui pendekatan Whole of Nation seperti berikut:
- Pihak kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk merangka hala tuju dan strategi bagi menjayakan ANMS. Dasar, polisi, promosi dan inisiatif yang dilaksanakan hendaklah melibatkan kesemua pihak untuk menghasilkan impak yang dihasratkan.
- Pihak swasta memainkan peranan dalam membantu program yang dirancang oleh kerajaan dan sebaiknya dapat menggabungjalin perkhidmatan yang sedia dengan perkhidmatan oleh kerajaan demi manfaat rakyat.
- Badan-badan Bukan Kerajaan atau NGOs mempunyai peranan untuk menyokong ANMS dengan memberikan sokongan tambahan dalam bidang yang dikenalpasti. NGOs juga boleh bertindak menerajui pelaksanaan di komuniti dengan kerjasama semua pihak.
- Rakyat boleh memainkan peranan dengan mengerakkan usaha-usaha yang diterajui oleh mana-mana pihak dengan melibatkan diri dalam inisiatif yang diperkenalkan dalam ANMS.






