Page 7 - Februari 2019
P. 7

sesi dialog & lawatan kerja

                                                          ketua pengarah kesihatan ke


                                                          hospital kuala lipis, pahang



                                                                   ada 12 Februari 2019 yang lalu,  YBhg.
                                                                   Datuk Dr.  Noor Hisham  Abdullah, Ketua
                                                                   Pengarah Kesihatan telah mengadakan
                                                         Plawatan rasmi dan berdialog bersama lebih
                                                          70 orang warga Kementerian Kesihatan Malaysia
                                                          di Hospital Kuala Lipis,  Pahang. Hospital Kuala
                                                          Lipis menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada
                                                          hampir 400,000  penduduk  di sekitar kawasan
                                                          termasuk Kuala Lipis, Raub, Bentong dan Cameron
                                                          Highlands. Hospital ini mula beroperasi pada sekitar
                                                          tahun  1890an  dan  kini  berstatus sebagai  Hospital
                                                          Pakar Minor dengan seramai 696 orang kakitangan
                                                          daripada pelbagai kategori skim perkhidmatan
                                                          yang bertugas di sini termasuk 16 orang Pakar
                                                          Klinikal  daripada  10 bidang  kepakaran  dan 82
                                                          orang Pegawai Perubatan. Hospital ini telah dinaik
                                                          taraf secara  berfasa  semenjak  2009  dengan  fasa
                                                          kedua berakhir pada 2018. Antara kemudahan yang
                                                          disediakan  termasuklah Dewan Bersalin, Dewan
                                                          Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU),  Unit Rawatan
                                                          Rapi bayi (NICU), CT scan dan Unit Hemodialisis.
                                                          Hospital Kuala Lipis ini juga bakal dimasukkan di
                                                          dalam inisiatif ‘Hospital Kluster’ bagi Pahang Barat
                                                          pada 2019.




                                                                                          E-BULETIN KKM EDISi februari 2019   04
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12