Page 34 - Galeri Foto
P. 34
12 Oktober 2018:
Lawatan Kerja YBTMK ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis
YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis. Beliau telah melawat
Wad Pediatrik, Wad Rawatan Rapi Neonat (NICU), Special Care Nursing (SCN) dan Klinik Pakar Hospital Tuanku Fauziah.
Beliau juga meluangkan masa beramah mesra dengan warga kerja hospital. Turut hadir adalah YBrs. Dr. Othman Warijo, Pengarah Hospital Tuanku Fauziah
dan YBrs. Dr. Sirajuddin Hashim, Pengarah JKN Kedah.