Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Program Kesihatan Pergigian

Pengenalan

• Membangunkan dasar kesihatan pergigian negara, menerajui inisiatif kajian dan epidemiologi kesihatan pergigian di peringkat kebangsaan atau antarabangsa, pembangunan profesion dan modal insan anggota, pembangunan dan perkembangan fasiliti, pengurusan maklumat serta perkembangan teknologi dalam bidang pergigian


• Mentadbir urus implementasi dasar-dasar kesihatan pergigian, penyampaian perkhidmatan dan amalan kesihatan pergigian di peringkat negeri dan institusi. Memberi sokongan kepada Pusat Pergigian Kanak-Kanak dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown dalam penyediaan pusat rawatan pergigian bagi kanak-kanak dan kemudahan latihan auksiliari


• Menerajui pengurusan Program Penjagaan Kesihatan Pergigian termasuk merancang, mengatur, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti merangkumi promosi kesihatan pergigian, penjagaan kesihatan pergigian masyarakat, primer dan kepakaran bagi memastikan peningkatan kesihatan pergigian rakyat secara berterusan


• Menjamin pengamalan dan penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian negara yang selamat dan berkualiti melalui penggubalan, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan berkenaan amalan pergigian meliputi amalan profesional dan auksiliari, akreditasi pengajian pergigian serta pelaksanaan inisiatif kualiti • Melaksanakan peruntukan di bawah Akta Pergigian 2018 [Akta 804] dan memastikan kepatuhan kepada Peraturan serta Akta lain yang berkaitan• Memberi perkhidmatan sokongan dalam urusan pentadbiran dan kewangan dengan berkesan dan efisien mengikut peraturan-peraturan semasa untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti perkhidmatan kesihatan pergigian


• Berkolaborasi dengan agensi-agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan mengenai aspek kesihatan pergigian di pelbagai peringkat di dalam negara dan antarabangsa.

Visi, Misi & Objektif

Visi

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

Misi

Misi KKM adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :

      -Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat
      -Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
      -Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
      -Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi, iaitu
      -Saksama
      -Tidak Membebankan 
      -Cekap
      -Wajar mengikut teknologi          
      -Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
      -Mengutamakan pelanggan
      -Inovatif

dengan menekankan :
      -Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
      -Sifat menghormati maruah insan
      -Penglibatan masyarakat

Objektif

Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian rakyat Malaysia melalui kerjasama dengan pemegang taruh di sektor awam dan swasta dalam mempromosi penjagaan kesihatan pergigian, pencegahan klinikal, rawatan dan pemulihan dengan memberi penekanan kepada kumpulan-kumpulan utama yang dikenalpasti, termasuk penduduk yang terpinggir dan mudah terjejas agar taraf kesihatan pergigian rakyat sentiasa selari dengan kemajuan sosio-ekonomi negara.

Piagam Pelanggan

Kewajipan Anggota Ibu Pejabat Program Kesihatan Pergigian:

Kami sentiasa komited dan akan berusaha memastikan:

Semua pelanggan dilayan dengan mesra dan cekap;
Semua pelanggan diberi maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan;
Semua pelanggan yang ada janji temu berjumpa dengan pegawai berkenaan dalam tempoh 15 minit;

Kewajipan Pelanggan:

Pelanggan perlu;

Membawa dokumen yang diperlukan berkaitan urusan berkenaan;
Menepati janji temu yang diberi atau menghubungi pejabat ini sekiranya tidak dapat menepati janji temu;
Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan bertanggungjawab;
Bekerjasama dengan memberi maklumat sebenar dan lengkap berkaitan masalah yang dihadapi.

Carta Organisasi

carta pkp

Soalan Lazim

Kad Pengenalan diri sudah memadai. Sebarang borang/surat rujukan juga harus dibawa.

Hubungi Kami

Alamat:

Program Kesihatan Pergigian,

Kementerian Kesihatan Malaysia,

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62590 Putrajaya

 

Tel     : 03-8883 4215
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Webhttps://hq.moh.gov.my/ohp/ms/

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html