Alat Kebolehcapaian
Unit Komunikasi Korporat (UKK) merupakan unit yang bertanggungjawab dalam melaksanakan strategi komunikasi korporat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). UKK berperanan memastikan penyampaian maklumat yang tepat, telus dan berkesan kepada semua pihak berkepentingan termasuk warga kementerian, agensi media, dan orang awam.
Unit ini turut menguruskan hal ehwal media, publisiti, promosi, komunikasi dalaman, pengurusan imej serta penjenamaan KKM secara menyeluruh selaras dengan prinsip keterbukaan dan ketelusan pentadbiran kerajaan.
Menjadi peneraju komunikasi kesihatan yang berwibawa, berintegriti dan berkesan dalam memperkukuh imej serta reputasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Memperkasa strategi komunikasi korporat yang inklusif, responsif dan berpaksikan rakyat bagi menyokong agenda kesihatan nasional serta membina kepercayaan terhadap perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kami di Unit Komunikasi Korporat (UKK) beriltizam untuk:
Alamat:
Aras 4, Blok E7,
Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.
Nombor Telefon : 03 - 8883 3888
Talian Aduan KKM : 03-8883 3707/ 3684
E-mel :