Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79)
MISI KESIHATAN MALAYSIA DI WHA79: TIADA SIAPA DIPINGGIRKAN
𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜 𝗪𝗛𝗔𝟳𝟵: 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗜𝗣𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗥𝗞𝗔𝗡🌍
Di Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-79 (WHA79) yang berlangsung di Geneva, Switzerland, KKM menegaskan komitmen Malaysia dalam memperkukuh sistem kesihatan yang inklusif, mampan dan berteraskan prinsip “tiada siapa dipinggirkan”.
Antara fokus utama Malaysia ialah:
1️⃣ Memperkukuh Penjagaan Kesihatan Mata melalui peluasan akses rawatan, peningkatan intervensi bagi katarak dan masalah refraktif, serta pengukuhan pengumpulan data melalui Tinjauan Mata Kebangsaan.
2️⃣ Mengangkat Suara Pesakit Penyakit Jarang Jumpa di Peringkat ASEAN melalui pengesanan dan diagnosis awal, kerjasama serantau ASEAN, serta sokongan berterusan kepada pesakit dan keluarga.
3️⃣ Memacu Inovasi Kesihatan menerusi pelaksanaan Perubatan Jitu (Precision Medicine), pengukuhan keupayaan diagnostik, peluasan saringan neonatal dan peningkatan ekuiti akses kesihatan untuk semua.
KKM komited untuk terus memperkukuh sistem kesihatan negara melalui kerjasama global, inovasi dan pendekatan berteraskan rakyat demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
#WHA79 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI














