Alat Kebolehcapaian
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tuan / Puan,
HEBAHAN PELAKSANAAN PEMBERIAN HADIAH PENGIKTIRAFAN AKADEMIK (HPA) TAHUN 2026 SELARAS DENGAN MyPPSM CERAIAN UP.5.1.4 BAGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memperincikan dasar dan kaedah pelaksanaan HPA melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.5.1.4. HPA merupakan insentif baharu yang diberikan sekali sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menghargai pegawai awam yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi melalui pembiayaan sendiri. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen berkaitan untuk rujukan dan perhatian tuan/puan seterusnya.
3. Kerjasama dan perhatian lanjut daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.