Tahun 2026
HEBAHAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA BAGI MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)
PENGHANTARAN KERTAS KERJA BAGI MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan
Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Urus setia JDPKK memohon kerjasama Bahagian/Institusi/Jabatan Kesihatan Negeri yang ingin membentang Kertas Kerja di Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kementerian Kesihatan (JDPKK) agar menghantar kertas kerja berkenaan kepada urus setia JDPKK untuk tindakan selanjutnya.
3. Maklumat Terma Rujukan JDPKK dan Format Kertas Kerja terkini boleh dimuat turun (download) di pautan yang berikut:
i. Terma Rujukan JDPKK
ii. Format Kertas Kerja JDPKK
4. Penghantaran kertas kerja boleh dibuat sebelum 18 September 2026 (Jumaat). Takwim mesyuarat JDPKK akan datang dijadualkan pada 14 Oktober 2026 (Rabu). Walau bagaimanapun, mesyuarat tambahan yang lebih awal boleh diadakan sekiranya terdapat keperluan.
5. Sebarang pertanyaan mengenai JDPKK ini boleh dikemukakan melalui e-mel kepada
i. Dr. Mawaddah binti Badrul Hisham, Tel.: 03-8883 2101
ii. Dr. Muhamad Aiman bin Ali Fazdillah, Tel.: 03- 8883 2132 iii. Sr. Nik Anita binti Nik Ngah, Tel.: 03-8883 3754
6. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
URUS SETIA
MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)











