Page 7 - April 2019
P. 7

Simposium Perubatan Sukan Peringkat




 Majlis Pelancaran Pelan Strategik         Kebangsaan 2019



 2019-2021






















                                                                   ada 11  April 2019,  YBhg. Datuk Dr.
                                                                   Noor Hisham  Abdullah, Ketua Pengarah
                                                                   Kesihatan     (KPK)    telah    merasmikan
                                                         PSimposium Perubatan Sukan Peringkat
                                                          Kebangsaan  2019 di Hospital  Tuanku Jaafar,
                                                          Seremban yang bertemakan “Sports and Exercise
                                                          in Modern Medicine”.  Menurut  YBhg. Datuk
                                                          Dr. Noor Hisham, kepakaran  perubatan  sukan
                                                          dalam dunia perubatan moden melibatkan aspek
                                                          pencegahan, perawatan dan rehabilitasi sebarang
                                                          kecederaan  yang  berkaitan  dengan  aktiviti
                                                          sukan.  Ia  juga  merangkumi  aspek  saintifik  untuk
                                                          mengoptimumkan  prestasi atlet dalam sukan,
                                                          preskripsi senaman sebagai kaedah pencegahan
                                                          dan terapeutik untuk penyakit-penyakit  tidak
                                                          berjangkit  seperti  obesiti, diabetes  mellitus  dan
                                                          darah tinggi. Tambah beliau, perkhidmatan sukan
                                                          telah bermula sejak tahun 2003 merupakan salah
                                                          satu bidang kepakaran yang diiktiraf di KKM dalam
                                                          disiplin sokongan klinikal perkhidmatan perubatan.
                                                          Kini, ia diletakkan di bawah tadbir urus Jabatan
                                                          Ortopedik dan setakat ini, terdapat 33 orang pakar
                                                          perubatan sukan dalam KKM dan 11 hospital yang
                                                          memberikan perkhidmatan tersebut.

                                                                                         E-BULETIN KKM EDISi APRIL 2019  04
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12