Page 8 - April 2019
P. 8

Sambutan Bulan
         Pemakanan Malaysia





                 B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri
                 Kesihatan Malaysia pada 19  April 2019
                 yang lalu sewaktu melancarkan Bulan
        YPemakanan Malaysia (NMM) di Putrajaya
        baru-baru ini  telah  menyebut bahawa rakyat
        Malaysia masih lagi perlu memberi keutamaan
        terhadap penjagaan diri bagi mengelakkan sebarang
        risiko yang boleh mengakibatkan punca masalah
        kesihatan yang lebih serius. Ujar beliau lagi, kerajaan
        telah  membelanjakan  kira-kira  RM2  bilion  setahun
        untuk kos rawatan pesakit diabetes dan lain-lain
        penyakit tidak berjangkit. Manakala, bagi tujuan
        hemodialisis sahaja,  KKM telah membelanjakan
        sebanyak  RM44,000  setahun  bagi  setiap  pesakit.


                                                                  Statistik yang dikumpulkan oleh Kajian
                                                                  Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS)
                                                                  pada  tahun  2015  telah  menunjukkan  bahawa
                                                                  rakyat Malaysia semakin ramai mengalami
                                                                  obesiti dengan 1 dari 2 orang dewasa
                                                                  yang mengalami berat badan berlebihan.
                                                                  Ini meletakkan Malaysia sebagai sebuah
                                                                  negara di dalam  Asia yang mempunyai
                                                                  rakyat tergemuk. Kajian lain juga mendapati
                                                                  berlakunya berat badan berlebihan dan
                                                                  obesiti dalam kalangan kanak-kanak sekolah
                                                                  sehingga 30% daripada keseluruhan populasi.


        05  E-BULETIN KKM EDISi APRIL 2019
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13