𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗲𝘀𝗼𝗹𝘂𝘀𝗶 𝗸𝗲 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻: 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗷𝘂𝗶 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝘂-𝗣𝗮𝗿𝘂 𝗚𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹
Sorotan ucaptama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA79) bertajuk "Dari Resolusi ke Pelan Tindakan: Malaysia Menerajui Reformasi Kesihatan Paru-Paru Global", menegaskan keperluan untuk beralih daripada perbincangan dasar kepada pelaksanaan tindakan yang konkrit dan berimpak.
Beliau turut menekankan kepentingan reformasi menyeluruh sistem kesihatan paru-paru melalui pendekatan bersepadu, merangkumi pengesanan awal kanser paru-paru serta penanganan isu berkaitan seperti batuk kering (TB), penyakit pernafasan kronik, penggunaan vape dan pencemaran udara.
KKM kekal komited dalam memacu perubahan sistem kesihatan negara ke arah lebih holistik, bersepadu dan berfokuskan kesejahteraan rakyat.
#WHA79 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056579088496963955?s=46
FB
https://www.facebook.com/share/v/1BRxohicUD/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/reel/DYgVMQSxchn/?igsh=OHF6ZGtubHRxZHR1
TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSxMDQRAj/
𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜 𝗪𝗛𝗔𝟳𝟵: 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗘𝗦𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, kini berada di Geneva, Switzerland bagi mengetuai delegasi negara ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) yang berlangsung dari 18 hingga 23 Mei 2026.
Penyertaan Malaysia pada tahun ini menandakan komitmen penting dalam memperkukuh fasa baharu diplomasi kesihatan negara.
Agenda dan Fokus Utama:
📑 Penyampaian Kenyataan Negara (National Statement): YB Menteri Kesihatan dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara pada 19 Mei 2026 di hadapan para perwakilan antarabangsa.
📌 Teras Utama: Intipati ucapan akan memberi penekanan khusus kepada reformasi kesihatan berpaksikan rakyat serta memperkukuh akses kepada bantuan kemanusiaan di peringkat global.
Langkah ini adalah selaras dengan aspirasi KKM di bawah kerangka Malaysia MADANI untuk membina sistem kesihatan yang lebih saksama, moden, dan inklusif demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056371648014758098?s=46
FB
https://www.facebook.com/share/p/1CdrJcu3Ky/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYe3WEQEfpj/?igsh=MWVhemRmam9reG1iMw==



𝗝𝗮𝗱𝘂𝗮𝗹 𝗔𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗗𝗲𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗵𝗶𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗞𝗲-𝟳𝟵 (𝗪𝗛𝗔𝟳𝟵)
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, mengetuai delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) yang berlangsung dari 18 hingga 23 Mei 2026.
Persidangan antarabangsa ini menjadi platform penting bagi Malaysia untuk terus memperkukuh peranan dan komitmen negara dalam memacu agenda kesihatan global melalui beberapa pengisian utama berikut:
1️⃣ Penyampaian Kenyataan Negara;
2️⃣ Mesyuarat Dua Hala; dan
3️⃣ Acara Tambahan.
Segala ketetapan waktu yang dipaparkan adalah berdasarkan Waktu Piawai Malaysia (WPM).
Komitmen berterusan ini mencerminkan iltizam Malaysia dalam menyumbang kepada kelestarian dan kesejahteraan kesihatan sejagat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056367157500690810?s=46
FB
https://www.facebook.com/share/p/1DSUbdUtA5/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYe053GEZsu/?igsh=MThna3RncnN3bmlvcA==



Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
PELAWAAN PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI 2026 UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM GUNASAMA DAN KADER) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA ATAU KEDOKTORAN (PH.D) SECARA SEPENUH MASA
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2026 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa.
3. Sehubungan itu, dilampirkan berikut hebahan penajaan tersebut untuk rujukan seterusnya. Kerjasama dan perhatian lanjut daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Bahagian Pengurusan Latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
PELAWAAN PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI 2026
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN KELULUSAN PEMBAYARAN MELALUI INVOIS TANPA PESANAN KERAJAAN (ITPK) BAGI KONTRAK KERAJAAN DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)- PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengedarkan surat PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN KELULUSAN PEMBAYARAN MELALUI INVOIS TANPA PESANAN KERAJAAN (ITPK) BAGI KONTRAK KERAJAAN DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) - PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN bertarikh 9 April 2026.
3. Bersama-sama ini dilampirkan salinan surat peringatan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
4. Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
HEBAHAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA BAGI MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Urus setia JDPKK memohon kerjasama Bahagian/Institusi/Jabatan Kesihatan Negeri yang ingin membentang Kertas Kerja di Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kementerian Kesihatan (JDPKK) agar menghantar kertas kerja berkenaan kepada Urus setia JDPKK untuk tindakan selanjutnya.
3. Maklumat Terma Rujukan JDPKK dan Format Kertas Kerja terkini boleh dimuat turun (download) di pautan berikut:
4. Terma Rujukan JDPKK Format Kertas kerja JDPKK Penghantaran kertas kerja boleh dibuat sebelum 20 Mei 2026 (Rabu). Takwim mesyuarat JDPKK akan datang dijadualkan pada 5 Jun 2026 (Jumaat). Walau bagaimanapun, mesyuarat tambahan yang lebih awal boleh diadakan sekiranya terdapat keperluan.
5. Sebarang pertanyaan mengenai JDPKK ini boleh dikemukakan melalui emel kepada
i. Dr. Hazwani binti Halim, Tel: 03-8883 2128
ii. Sr. Nik Anita binti Nik Ngah, Tel: 03-8883 3754
6. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian terima kasih.
URUS SETIA MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
HEBAHAN IKLAN PEPERIKSAAN PEMBANTU HOSPITAL ESTET (PPHE) TAHUN 2026
Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) Kementerian Kesihatan Malaysia telah mempelawa Pembantu Hospital Estet (PHE) yang berdaftar dengan Lembaga Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran), Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghantar permohonan bagi menduduki Peperiksaan Pembantu Hospital Estet. Bersama-sama ini, dilampirkan lampiran Iklan Peperiksaan Pembantu Hospital Estet (PPHE) Tahun 2026 dan Borang Permohonan untuk Menduduki Peperiksaan Pembantu Hospital Estet untuk rujukan dan tindakan lanjut bagi yang berkenaan.
Sekian terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
PELAWAAN PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) TAHUN 2026
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) di Kementerian Kesihatan Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Tahun 2026 melibatkan penajaan pengajian secara sepenuh masa bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.
3. Kerjasama dan perhatian lanjut daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
PELAWAAN BIASISWA KERAJAAN JEPUN 2027 (MONBUKAGAKUSHO:MEXT)
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kerajaan Jepun 2027 (Monbukagakusho : MEXT) bagi mengikuti pengajian pascasiswazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Humanities and Social Sciences serta Natural Sciences.
3. Kerjasama dan perhatian lanjut daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/
TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PRA PERKHIDMATAN (LATIHAN SEPARA PERUBATAN) DI INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) BAGI SESI OKTOBER 2026
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Latihan Separa Perubatan) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi Sesi Oktober 2026 telah dibuka untuk permohonan bermula pada 25 Februari 2026 dan akan ditutup pada 03 Mac 2026.
3. Berikut dikemukakan iklan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berserta lampiran untuk makluman dan perhatian jua.
IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
==============================
KUMPULAN PELAKSANA SPM
------------------
JAWATAN : LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL (SESI OKTOBER TAHUN 2026)
KEKOSONGAN : 3,335
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
------------------------------
https://www.spa.gov.my/perkhidmatan/urusan-pengambilan/pengambilan-latihan-separa-perubatan
Tarikh tutup permohonan : 03 Mac 2026 (Rabu), jam 11.59 malam
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
------------------------------
https://spa9.spa.gov.my/login
BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA










