Alat Kebolehcapaian
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
HEBAHAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA BAGI MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Urus setia JDPKK memohon kerjasama Bahagian/Institusi/Jabatan Kesihatan Negeri yang ingin membentang Kertas Kerja di Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kementerian Kesihatan (JDPKK) agar menghantar kertas kerja berkenaan kepada Urus setia JDPKK untuk tindakan selanjutnya.
3. Maklumat Terma Rujukan JDPKK dan Format Kertas Kerja terkini boleh dimuat turun (download) di pautan berikut:
4. Terma Rujukan JDPKK Format Kertas kerja JDPKK Penghantaran kertas kerja boleh dibuat sebelum 20 Mei 2026 (Rabu). Takwim mesyuarat JDPKK akan datang dijadualkan pada 5 Jun 2026 (Jumaat). Walau bagaimanapun, mesyuarat tambahan yang lebih awal boleh diadakan sekiranya terdapat keperluan.
5. Sebarang pertanyaan mengenai JDPKK ini boleh dikemukakan melalui emel kepada
i. Dr. Hazwani binti Halim, Tel: 03-8883 2128
ii. Sr. Nik Anita binti Nik Ngah, Tel: 03-8883 3754
6. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian terima kasih.
URUS SETIA MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)