Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tuan / Puan,
HEBAHAN PELAKSANAAN PEMBERIAN HADIAH PENGIKTIRAFAN AKADEMIK (HPA) TAHUN 2026 SELARAS DENGAN MyPPSM CERAIAN UP.5.1.4 BAGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memperincikan dasar dan kaedah pelaksanaan HPA melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.5.1.4. HPA merupakan insentif baharu yang diberikan sekali sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menghargai pegawai awam yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi melalui pembiayaan sendiri. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen berkaitan untuk rujukan dan perhatian tuan/puan seterusnya.
3. Kerjasama dan perhatian lanjut daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2026
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2026 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D). Bersama ini, dilampirkan lampiran Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026 untuk rujukan dan tindakan lanjut bagi yang berminat atas pelawaan ini.
Sekian, terima kasih.











