Accessibility Tools
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ Dr./ Tuan/ Puan,
PELAWAAN PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI MANAGEMENT TRAINING PROGRAM FOR JUNIOR OFFICERS 2026 DAN LEADERSHIP DEVELOPMENT PROGRAMME FOR MIDDLE MANAGEMENT LEVEL (MANAGERS) 2026
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Japan InternationaI Cooperation Agency (JICA) akan menganjurkan Management Training Program for Junior Officer (Gred SSPA 9-11 @ setara) dan Leadership Development Programme for Middle Management Level (Gred SSPA 12-15 @ setara) di Jepun pada 28 September hingga 17 Oktober 2026 (tertakluk kepada perubahan dan pengesahan lanjut). Objektif utama kedua-dua program ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan di Jepun di samping memperoleh pengetahuan berkaitan nilai-nilai positif masyarakat Jepun. Antara pengisian program adalah sesi kuliah, kajian kes, lawatan ke agensi kerajaan dan aktiviti bersama masyarakat setempat di Jepun.
3. Sehubungan itu, mana-mana pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan memenuhi syarat seperti di Lampiran A perlulah melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal penajaan.jpa.gov.my ber
(i) JICA Application Form (lengkap dengan gambar) - (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat);
(ii) Salinan Passport/ MyKad - (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat);
(iii) Salinan Keputusan TOEFL/ TOEIC/ IELTS/ Ujian Bahasa Inggeris yang diiktiraf (sekiranya ada) - (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat);dan
(iv) Senarai Tugas/ Job Description (JD) - (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat).
4. Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ Dr./ Tuan/ Puan, boleh berhubung dengan pegawai-pegawai seperti berikut:
(i) Puan Putri Sherina Aizat binti Abdul Aziz
No. Tel : 03-8885 0713
Emel :
(ii) Puan Noorfizawati binti Saidin
No. Tel : 03-8885 0692
Emel :
(iii) Puan Izazufiza binti Zulkeflee
No. Tel : 03-8885 0729
Emel :
5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Semakan Keputusan Tawaran B - Sarjana Pergigian Sesi 2026/2027 adalah bermula pada 25 Mei 2026 (Isnin). Semakan tersebut boleh dibuat melalui Sistem Hadiah Latihan Persekutuan (eHLP KKM).
3. Kerjasama dan perhatian lanjut daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Semakan Keputusan Tawaran A - Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan/Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Peringkat Sarjana dan Ph.D bagi sesi 2026/2027 adalah bermula pada 22 Mei 2026 (Jumaat). Semakan tersebut boleh dibuat melalui Sistem Hadiah Latihan Persekutuan (eHLP KKM).
3. Kerjasama dan perhatian lanjut daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyampaikan ucaptama di ibu pejabat WHO, Geneva berhubung pelan tindakan bersepadu kesihatan paru-paru. KKM menegaskan bahawa pendekatan rawatan secara berasingan (fragmented) tidak lagi relevan kerana ia melambatkan proses pengesanan dan rawatan pesakit.
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2057105312717644252?s=46
FB
https://www.facebook.com/share/p/1LCn6EEZP1/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYkE9FdERFo/?igsh=cTVncG9yb2xpb3dv






𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜 𝗪𝗛𝗔𝟳𝟵: 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗜𝗣𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗥𝗞𝗔𝗡🌍
Di Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-79 (WHA79) yang berlangsung di Geneva, Switzerland, KKM menegaskan komitmen Malaysia dalam memperkukuh sistem kesihatan yang inklusif, mampan dan berteraskan prinsip “tiada siapa dipinggirkan”.
Antara fokus utama Malaysia ialah:
1️⃣ Memperkukuh Penjagaan Kesihatan Mata melalui peluasan akses rawatan, peningkatan intervensi bagi katarak dan masalah refraktif, serta pengukuhan pengumpulan data melalui Tinjauan Mata Kebangsaan.
2️⃣ Mengangkat Suara Pesakit Penyakit Jarang Jumpa di Peringkat ASEAN melalui pengesanan dan diagnosis awal, kerjasama serantau ASEAN, serta sokongan berterusan kepada pesakit dan keluarga.
3️⃣ Memacu Inovasi Kesihatan menerusi pelaksanaan Perubatan Jitu (Precision Medicine), pengukuhan keupayaan diagnostik, peluasan saringan neonatal dan peningkatan ekuiti akses kesihatan untuk semua.
KKM komited untuk terus memperkukuh sistem kesihatan negara melalui kerjasama global, inovasi dan pendekatan berteraskan rakyat demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
#WHA79 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI




YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melangsungkan pertemuan dua hala bersama Dr. Vu Manh Ha, Timbalan Menteri Kesihatan Vietnam, di Geneva, bagi memperkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam di rantau ASEAN.
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2057084916656173077?s=46
FB
https://www.facebook.com/share/p/1ckfiamn3V/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYj7s3CkaRw/?igsh=MXQxYmxzdWpvcW1uYQ==




YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan pertemuan dua hala bersama TYT Dr. Mohammad Abdul Muhit, Menteri Negara (Kesihatan & Kesejahteraan Keluarga) Bangladesh di persidangan WHA79 di Geneva, hari ini.
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2057062720848241079?s=46
FB
https://www.facebook.com/share/p/1JHv6JkwsG/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYjxmQ1EdTi/?igsh=MWwydXdzZnJnNTEycA==






YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerajui delegasi Malaysia di Geneva bagi membincangkan peranan sains tingkah laku (behavioural science) dalam sektor kesihatan.
FB
https://www.facebook.com/share/p/1Gm25RvHKA/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYjuY5NETry/?igsh=enI0cTVqeTdsenB2
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2057055715013857291?s=46&t=ul0bIGrTC2NthRh_U7BcVQ




YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri acara tambahan Persidangan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) di Geneva yang memfokuskan kepada agenda Penyakit Jarang Jumpa di peringkat ASEAN.
FB
https://www.facebook.com/share/p/14cu4XtAnQ5/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYjPNkRRqIN/?igsh=MXBuZnl2a285dGZwNw==
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056987177473458401?s=46&t=ul0bIGrTC2NthRh_U7BcVQ

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri acara tambahan Persidangan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) bertajuk “The Value of Vision: The Roadmap to the Global Summit for Eye Health” di Geneva.
FB
https://www.facebook.com/share/p/1EWR6941Ch/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYjCa9Nx_Hg/?igsh=Z3Z2MmRlNTA0MXMw
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056959256046501902?s=46&t=ul0bIGrTC2NthRh_U7BcVQ
