Bahagian Akaun
Pengenalan
Bahagian Akaun bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan perakaunan dan kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan mengikut kehendak undang-undang, peraturan kewangan dan Piawaian Perakaunan Kerajaan yang berkuatkuasa.
Fungsi Bahagian dilaksanakan oleh 5 Seksyen utama iaitu:
1. Seksyen Pengurusan Kewangan
2. Seksyen Pemantauan
3. Seksyen Perundingan
4. Seksyen Perakaunan Pengurusan
5. Seksyen Pentadbiran dan Kewangan.
Visi, Misi & Objektif
Peneraju Perkhidmatan Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan Sektor Awam.
Menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Perakaunan dan Kewangan Yang Terbaik Serta Memenuhi Keperluan Stakeholder Dan Kehendak Pelanggan
- Memastikan perkhidmatan perakaunan dan kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan mengikut kehendak undang-undang, peraturan kewangan dan Piawaian Perakaunan Kerajaan yang berkuatkuasa.
- Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan kementerian dengan melaksanakan inspektorat dan khidmat nasihat.
- Menyediakan maklumat dan laporan pengurusan perakaunan dan kewangan bagi membantu Pengurusan Atasan dalam membuat keputusan
Piagam Pelanggan
- Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh tiga (3) hari kalendar dari tarikh arahan pembayaran diluluskan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).
- Membayar gaji bulanan anggota Kementerian dan Jabatan tidak lewat daripada 25hb setiap bulan.
- Mengeluarkan Laporan Naziran dalam tempoh 14 hari dari tarikh Mesyuarat Penutup bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil dengan serta merta oleh PTJ.
- Maklumbalas awal terhadap aduan/pertanyaan berkaitan Sistem Perakaunan/Prosedur dan Piawaian Perakaunan Akruan diberi dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian dengan tepat dan lengkap mengikut tarikh yang ditetapkan.
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Alamat:
Bahagian Akaun,
Aras 6, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
Tel : 03 - 8883 3181
E-mel :
Laman Web : https://hq.moh.gov.my/akaun/











