Bahagian Pembangunan Kompetensi
Pengenalan
Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah satu bahagian di bawah Sektor Pengurusan. Bahagian ini melaksanakan fungsi seperti berikut :
- Menetapkan dasar pelaksanaan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM;
- Membangunkan kaedah penilaian kompetensi dan potensi untuk personel KKM;
- Melaksanakan penilaian kompetensi dan potensi;
- Memantau pelaksanaan penilaian kompetensi dan potensi;
- Merancang dan menyediakan program penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM;
- Memantau dan menjalankan naziran pelaksanaan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di KKM serta mengambil langkah penambahbaikan yang berkaitan;
- Merancang dan melaksanakan peperiksaan subjek jabatan bagi skim-skim perkhidmatan bukan guna sama di KKM; dan
- Merancang dan melaksanakan Program Pembangunan Kompetensi bagi IPKKM/JKN/fasitili kesihatan KKM
Visi, Misi & Objektif
Visi
- Melahirkan modal insan yang kompeten dan berprestasi tinggi ke arah penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cemerlang.
Misi
- Membangun kompetensi dan potensi penjawat awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pembelajaran berterusan.
Piagam Pelanggan
- Mengeluarkan takwim Peperiksaan Subjek Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh dua (2) bulan sebelum tarikh peperiksaan.
- Melaksanakan penggubalan soalan sekurang - kurangnya sekali dalam satu tahun bagi 15 skim yang terlibat dengan Peperiksaan Subjek Jabatan.
- Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Subjek Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh peperiksaan.
Carta Organisasi
Soalan Lazim
Dalam proses kemaskini.
Hubungi Kami
Alamat:
Bahagian Pembangunan Kompetensi
Blok A, Jalan Cenderasari,
50590 Kuala Lumpur
Tel : 03-22628400
E-mel : bpk[at]moh[dot]gov[dot]my
Laman Web : https://hq.moh.gov.my/kompetensi/index.php
Capaian: 3915










