Bahagian Perancangan
Pengenalan
Bahagian Perancangan memfokuskan kepada beberapa aktiviti penting seperti formulasi Pelan Transformasi Sektor Kesihatan, meningkatkan kualiti data kesihatan, implementasi standard informatik kesihatan di Malaysia serta merancang, membangun dan menilai program atau projek yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Bahagian Perancangan terdiri daripada enam (6) seksyen, iaitu:
- Perancangan Dasar dan Pelan Kesihatan (PDPK)
- Perancangan, Pemantauan dan Penilaian Strategik (SPME)
- Malaysia National Health Accounts (MNHA)
- Pusat Informatik Kesihatan (PIK)
- Perancangan Fasiliti Kesihatan (PFK)
- Perancangan eHealth
Visi, Misi & Objektif
Bahagian Perancangan berfungsi sebagai peneraju dalam merancang dan membangunkan sistem kesihatan yang efisien dan berkesan selaras dengan keperluan pemegang taruh (stakeholder)
Perancangan dilaksanakan secara sistematik berasaskan bukti serta penglibatan pemegang taruh dan pemantauan dibuat secara berkala dan berkesan serta memberi maklum balas kepada pemegang taruh
Menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkesan, bertepatan masa dan mesra pelanggan di dalam melaksanakan tanggungjawab dalam aspek-aspek berikut:
- Perancangan, Pembangunan Dasar dan Sistem Kesihatan
- Perancangan dan Pembangunan Fasiliti Kesihatan
- Perancangan, Pembangunan dan Pengurusan Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu
Piagam Pelanggan
Bahagian Perancangan bertanggungjawab untuk merancang dasar sistem dan fasiliti kesihatan. la juga bertanggungjawab untuk mengumpul data kesihatan dan berkongsi maklumat dengan pelanggan.
Pelanggan dimaklumkan bahawa:
1. Perancangan kesihatan dilaksanakan berlandaskan dasar pembangunan negara.
2.
Proses perancangan kesihatan yang digunakan adalah rasional dan realistik berdasarkan keperluan kesihatan penduduk.
3. Perancangan kesihatan yang dihasilkan mengambil kira cadangan dari negeri dan agensi yang berkaitan serta keputusan Kabinet.
4. Perancangan kesihatan juga mengandungi objektif dan polisi kesihatan, strategi pelaksanaan dan keperluan sumber tenaga manusia, dana kesihatan dan fasiliti fizikal.
5. Fasiliti kesihatan dirancang untuk membekalkan perkhidmatan yang menyeluruh dan berkesan.
6. Pengemaskinian dan naik taraf fasiliti kesihatan yang disediakan termasuk reka bentuk bangunan beserta peralatan perubatan dilaksanakan mengikut piawaian dan garis panduan yang diluluskan.
Pelanggan dijanjikan dalam aspek berikut:
1. Memberi maklum balas awal (preliminary response) bagi setiap permohonan mengenai maklumat kesihatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
2. Memuktamadkan pelan reka bentuk awalan (departmental zoning) dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan cadangan rekabentuk dari agensi pelaksana.
3. Memastikan semua bil dan tuntutan dibayar tidak lewat dari 14 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna.
Carta Organisasi
Soalan Lazim
These guidelines set clear rules for online healthcare to keep everyone safe, protect your personal information, and make sure services are reliable. Read More
Sila rujuk laman web Kertas Putih Kesihatan (Klik sini)
Sila rujuk laman web JLN (Klik sini)
Laporan dan penerbitan KKM boleh diakses melalui portal KKM (Menu: Penerbitan > Penerbitan Utama KKM) atau portal MyHDW (Menu: Publications > public_publications).
Muat turun (Klik sini) prosedur pembentangan Mesyuarat JDPKK
- Hantar permohonan data secara bertulis (surat, memo atau e-mel) kepada Seksyen Pusat Informatik Kesihatan, Bahagian Perancangan dengan menyatakan tujuan permohonan.
- Bagi data MNHA, permohonan boleh dibuat melalui e-mel
Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya. atau dimuat turun dari portal rasmi KKM.
Sila rujuk laman web PekaB40 (Klik sini)
Sila rujuk Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia
Satu rekod kesihatan elektronik yang mengandungi maklumat kesihatan dan perubatan seseorang individu yang dijana, dikumpul, diurus dan/atau dirujuk oleh pembekal perkhidmatan kesihatan di dalam sesebuah organisasi
Satu rekod kesihatan elektronik yang mengandungi maklumat kesihatan dan perubatan seseorang individu yang dijana, dikumpul, diurus dan/atau dirujuk oleh pembekal perkhidmatan kesihatan di dalam sesebuah organisasi
Tiada sebarang caj dikenakan bagi permohonan data.
Pengguna boleh memohon akses MyHDW melalui borang muat turun atau pendaftaran atas talian di portal MyHDW melalui fungsi user registration.
Permohonan dikemukakan melalui JKN menggunakan borang KKA/2008 sebelum dihantar ke Seksyen Pusat Informatik Kesihatan, Bahagian Perancangan untuk tindakan lanjut.
MBoR disediakan oleh Seksyen Perancangan Fasiliti Kesihatan selepas notifikasi diterima, disemak dan disahkan di peringkat Seksyen dan Bahagian Perancangan, sebelum dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan.
MBoR disediakan oleh Seksyen Perancangan Fasiliti Kesihatan selepas notifikasi diterima, disemak dan disahkan di peringkat Seksyen dan Bahagian Perancangan, sebelum dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan.
Hubungi Kami
Alamat:
Bahagian Perancangan, Kompleks E
Blok E6 (Aras 3, 6, 8) | Blok E1 (Aras 2, 6) | Blok E7 (Aras 5, 6)
62590 Putrajaya
Tel.: 03-8883 2043
Laman Web: https://hq.moh.gov.my/perancangan










