Kolaborasi KKM-Swasta |
Temujanji Atas Talian |
TEMUJANJI ATAS TALIAN
- Kelebihan Sistem Temujanji Atas Talian
• Kemudahan 24 jam: memudahkan pelanggan untuk mendapatkan akses kepada sistem.
• Menjimatkan masa: pelanggan tidak perlu menunggu lama sewaktu waktu puncak di klinik kesihatan.
• Kepuasan pelanggan: pelanggan boleh memilih slot waktu yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
- Jenis Perkhidmatan
Perkhidmatan sistem Online Appointment ini adalah untuk kes-kes ringan dan walk-in sahaja. Temujanji penyakit kronik (diabetes, darah tinggi, asma dan seumpamanya) dan temujanji kes MCH hendaklah mengikut temujanji klinik yg telah ditetapkan. Bagi kes-kes kecemasan, hendaklah segera mendapatkan rawatan tanpa menempah slot temujanji ini.
- Tempoh pelaksanaan
• 1 April 2020 sehingga 31 Disember 2020
- Tempahan Slot Temujanji
• Pelanggan yang ingin menempah slot akan menggunakan sistem aplikasi yang dikenalpasti sepertimana di pautan yang disediakan.
• Pelanggan dibenarkan memilih mana-mana slot temujanji, paling lewat 1 hari sebelum tarikh temujanji yang dipilih. Seterusnya pelanggan akan menerima peringatan (reminder) melalui emel dari aplikasi
• Bagi pelanggan yang ingin menukar atau membatalkan slot temujanji yang sudah ditempah, boleh kembali merujuk kepada website/mobile application untuk tempahan semula.
• Pelanggan perlu hadir ke klinik sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal sebelum waktu temujanji yang ditempah, bagi menjalani saringan COVID-19, pendaftaran di kaunter, dan triage sebelum dipanggil untuk konsultasi.
- Penafian
• Semua pelanggan yang menggunakan sistem online appointment dianggap telah bersetuju (implied consent) apabila menggunakan perkhidmatan ini.
• Semua maklumat pelanggan akan dijaga kerahsiaannya.
• Pelanggan yang hadir ke klinik kesihatan masih perlu melalui saringan (triage) gejala COVID-19 di kaunter hadapan. Sekiranya pelanggan mempunyai gejala berkaitan dan tidak melepasi saringan, tempahan slot temujanji terbatal dan mesti mengikut arahan yang ditetapkan oleh pegawai bertugas untuk rawatan selanjutnya
• Pelanggan yang tidak mengikuti waktu temujanji tidak akan diberikan slot baru dan perlu menempah slot pada hari berikutnya (sekiranya perlu).
• Bagi urusan bayaran caj perkhidmatan adalah mengikut Akta Fi semasa.
SENARAI PAUTAN PANTAS
| KAWASAN | PAUTAN |
|---|---|
| Lembah Pantai dan Kepong | KKM Encore Med |
|
Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri sembilan |
|
|
Perak, Penang, Perlis, Melaka, Titiwangsa |
NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU
1. GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
2. NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
- Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
- Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
- Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
- Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
- Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
- Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
- Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
- Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
3. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU
|
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) |
Status |
Tahap Pencemaran |
Langkah-langkah pencegahan dan kawalan Kesihatan |
|---|---|---|---|
| 0-50 |
Baik |
Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum |
|
| Ditambah pada | 03-06-2015 |
Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan.
Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan dan Agensi di bawahnya telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi.
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat : Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
Untuk maklumat lanjut dan set data terkini, anda boleh layari laman Portal Data Terbuka Malaysia
Contoh Set Data Di Portal Data Terbuka:-
- Kes COVID-19 Harian mengikut Kumpulan Umur & Negeri
- Kes COVID-19 Harian mengikut Negeri
- Kes COVID-19 Harian mengikut Status Vaksinasi & Negeri
Perlindungan Data
- Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
- Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Privasi anda
- Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklumbalas dari agensi-agensi lain.
Maklumat yang dikumpul
- Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada Laman Web yang lain?
- Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
- Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.





















