Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

DataTerbuka

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Publication
Pekeliling
OpenData
Hubungi Kami
 
 

bm en

Print
Tajuk Situasi Semasa Selsema Burung (Influenza A H5N1)
Penerangan
 JATA.gif

 


Kementerian  Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Tel       :603-8883 2545
Faks    :603-8889 5542

 

 

 

 

 

 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA SELSEMA BURUNG (INFLUENZA A H5N1)

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau perkembangan situasi terkini kejadian H5N1 melibatkan manusia di Shenzen, China seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Penyakit influenza A (H5N1) adalah penyakit influenza haiwan yang berlaku di kalangan unggas (poultry). Jangkitan dari unggas kepada manusia boleh berlaku jika bersentuhan dengan unggas yang dijangkiti dengan H5N1. Jangkitan H5N1 di China melibatkan seorang lelaki berumur 39 tahun yang punca sebenar jangkitan tersebut belum diketahui lagi. Setakat ini, tiada jangkitan antara manusia kepada manusia dilaporkan. Sebelum ini, jangkitan H5N1 di kalangan manusia di China kali terakhir dilaporkan ialah pada bulan Jun 2010 yang melibatkan seorang wanita yang mempunyai sejarah bersentuhan dengan unggas yang dijangkiti H5N1. Pihak berkuasa China telah pun menjalankan kawalan perebakan jangkitan ini.

 

Untuk tahun 2011 (sehingga 15 Disember 2011),  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat 57 kes (dengan 30 kematian) di kalangan manusia di empat (4) buah negara seperti berikut: Mesir 36 kes (13 kematian), Cambodia 8 kes (8), Indonesia 11 kes (9) dan Bangladesh 2 kes (0).

 

KKM sememangnya telah bersedia menghadapi sebarang kejadian pandemik influenza melalui National Influenza Pandemic Preparedness Plan (NIPPP) sejak dari tahun 2006 lagi. Sehingga kini tiada kejadian kes Influenza A (H5N1) di kalangan manusia dikesan di Malaysia.

 

Pada masa yang sama, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPVM) melalui pemantauan di seluruh negara mengesahkan tiada sampel yang positif Influenza A (H5N1) di kalangan unggas sejak tahun 2007. Untuk tahun 2011, JPVM telah menjalankan 1,600 ujian H5N1 terhadap sampel unggas dan kesemuanya adalah negatif.

 

Risiko dijangkiti H5N1 adalah rendah namun sebagai langkah pencegahan dan kawalan influenza, kami menasihat semua orang awam supaya:

  a)  Mengelakkan mengunjungi pasar yang menjual unggas hidup (live poultry market) bila mengunjungi negara-negara yang terlibat dengan jangkitan H5N1.
     
  b) Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memegang unggas yang didapati mati tanpa alat perlindungan diri dan hendaklah melaporkan kejadian kematian unggas yang luar biasa ke Pejabat Veterinar yang terdekat.
     
  c)

Bagi penternak dan pengusaha ladang unggas hendaklah sentiasa  patuh kepada nasihat dan panduan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

     
  d)

Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau sanitizer, terutamanya selepas batuk dan bersin.

     
  e) Mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran dengan segera apabila mendapat gejala influenza-like illness (ILI), terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan pengendalian unggas (poultry).
     
  f)  Melaporkan sebarang kejadian kluster ILI kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
     
     

Orang ramai tidak perlu risau dengan wabak H5N1 yang berlaku di China kerana ianya adalah kes terpencil dan setakat ini tiada jangkitan dikesan di kalangan 120 orang kontek terdekat pesakit tersebut.

 

KKM akan terus memantau situasi ini, termasuk maklumat daripada WHO. Buat masa ini tiada larangan lawatan dikeluarkan oleh pihak WHO.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

01 Januari 2012 

Ditambah pada 31-12-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran