Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Penambahbaikan Laluan Kerjaya

Penambahbaikan Laluan Kerjaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian Dan Pegawai Farmasi Di Kementerian Kesihatan Malaysia 

Y.A.B Perdana Menteri pada 9 Mac 2010 semasa menyampaikan amanatnya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali Ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah mengumumkan penambahbaikan Laluan Kerjaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempercepatkan tempoh kenaikan pangkat ke Gred 54 antara 2 hingga 5 tahun. Hal ini selaras dengan usaha kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat.  Usaha murni ini dilaksanakan menerusi penyediaan prasarana kesihatan yang baik dan pembangunan modal insan yang mantap.  Dalam hubungan ini, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan penambahbaikan laluan kerjaya (career path) pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di KKM.

 

Penambahbaikan Laluan Kerjaya

Kerajaan telah mengkaji dan menyediakan pelan Laluan Kerjaya untuk Pegawai Perubatan secara komprehensif dari gred lantikan hingga ke Gred 54. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk menambahbaik laluan kerjaya Pegawai Perubatan bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar.  Pelan Laluan Kerjaya ini turut dipanjangkan kepada Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi.
 

Pelan Laluan Kerjaya bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi adalah seperti berikut:

 

URUSAN

SKIM PERKHIDMATAN

PERUBATAN / PERGIGIAN

FARMASI

Gred 41 – Gred 44

2 tahun di Gred 41 dan menepati syarat kenaikan pangkat

3 tahun di Gred 41 dan menepati syarat kenaikan pangkat

Gred 44 – Gred 48

3 tahun di Gred 44 atau tarikh warta pakar, mana yang terdahulu dan menepati syarat kenaikan pangkat

3 tahun di Gred 44 dan menepati syarat kenaikan pangkat

4 tahun di Gred 44 dan menepati syarat kenaikan pangkat

Gred 48 – Gred 52

2 tahun di Gred 48 dan menepati syarat kenaikan pangkat

4 tahun di Gred 48 dan menepati syarat kenaikan pangkat

4 tahun di Gred 48 dan menepati syarat kenaikan pangkat

Gred 52 – Gred 54

2 tahun di Gred 52 dan menepati syarat kenaikan pangkat

3 tahun di Gred 52 dan menepati syarat kenaikan pangkat

3 tahun di Gred 52 dan menepati syarat kenaikan pangkat

Gred 54 – Gred 56

5 tahun di Gred 54 dan 5 tahun diwartakan pakar dan menepati syarat kenaikan pangkat

Tidak Berkenaan

Tidak Berkenaan

Gred 54/56 Ke Utama / Khas ‘C’ dan ke atas

Berdasarkan kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran, KKM

Tertakluk kepada kekosongan jawatan

Tertakluk kepada kekosongan jawatan

 

SYARAT-SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LALUAN KERJAYA BAGI TIGA SKIM UTAMA (UD, UG, UF) KKM

 

  1. Berdaftar Penuh Dengan MMC, disahkan dalam perkhidmatan & tamat posting ke-6 serta berkhidmat selama 2 tahun atau mana terkemudian bagi kenaikan pangkat ke Gred UD44
  2. Cukup tempoh perkhidmatan yang melayakkan
  3. Bebas daripada tindakan tatatertib
  4. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (LNPT 3 tahun dan wajaran 80% ke atas)
  5. Diperakukan oleh Ketua Jabatan
  6. Melepasi Tapisan Keutuhan & Mengisytiharkan Harta
  7. Bebas daripada pinjaman tegar

 

Pertanyaan lanjut mengenai penambahbaikan Laluan Kerjaya ini, boleh berhubung terus dengan Unit Naik Pangkat Profesional 3, Bahagian Sumber Manusia di talian seperti berikut:

 

Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan NPP

03-8883 2707

 

Ketua Penolong Setiausaha Unit NPP3

03-8883 3716

 

Penolong Setiausaha Unit NPP3

03-8883 3224

 

Penolong Setiausaha Unit NPP3

03-8883 2822

 

Penolong Pegawai Tadbir NPP3

03-8883 2802

 


  •  
  • Print
  • Email this page