Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Pengenalan Sistem Pengurusan Antirasuah

                           

     
 

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) pada 21 November 2018 bersetuju supaya:

 

“ISO 37001 digunapakai secara menyeluruh di setiap kementerian, agensi dan jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berisiko tinggi bagi mencegah rasuah dan membina budaya integriti”.

 

MS ISO 37001: 2016 Sistem Pengurusan Antirasuah adalah sistem pengurusan yang direkabentuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencegah, mengesan dan bertindakbalas terhadap perlakuan rasuah. Sistem pengurusan ini komited memastikan KKM mematuhi undang-undang antirasuah yang berkuatkuasa.

 

Pendekatan MS ISO 37001: 2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) membolehkan:

  1. KKM melaksanakan penilaian risiko rasuah di dalam organisasi

  2. Melaksanakan penerapan budaya antirasuah dan integriti dalam kalangan warga KKM

  3. Melaksanakan semakan, pemantauan dan tindakan penambahbaikan terhadap proses kerja

 

KKM tidak akan bertoleransi terhadap apa-apa perlakuan rasuah yang berlaku di dalam organisasi. KKM juga tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk warganya yang terlibat dalam perlakuan rasuah. KKM mensasarkan “Toleransi Sifar Terhadap Rasuah (Zero Tolerance Towards Corruption)” di dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

 

Dalam usaha menutup ruang dan peluang rasuah, warga KKM hendaklah mengambil tindakan berdasarkan tagline:

                                                      “JANGAN MINTA, TOLAK dan LAPOR”

 

Sebarang pertanyaan dan pelaporan boleh dikemukakan kepada:

 

                Ketua Setiausaha

                Kementerian Kesihatan Malaysia

                Aras 5, Blok E3, Kompleks E

                Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

                62590 Putrajaya

                (u.p: Ketua Unit Integriti)

 

                Emel: integriti@moh.gov.my

 
     
     

 

 


Kemaskini pada 2021-11-29 14:57:06 daripada BPM Nora

  •  
  • Print
  • Email this page