MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Keenam Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan
Penerangan

image

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR KEENAM

 

STATUS SEMASA PEMANTAUAN PENCEMARAN di (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM makanan IMPORT dari TAIWAN  

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP.

 

Sebanyak enam (6) lagi produk makanan keluaran Taiwan bagi kategori makanan yang disyaki tercemar telah dianalisis dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 1. Di samping itu, KKM juga menjalankan pemantauan ke atas produk makanan kategori lain keluaran Taiwan yang diimport ke Malaysia dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 2.

 

Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan  kawalan  telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.

 

Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653.

 

NORAINI BINTI DATO’ MOHD. OTHMAN

PENGARAH KANAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

6 JUN 2011

 

LAMPIRAN 1

 

 

PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI YANG DISYAKI* DAN DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

BIL.

JENIS MAKANAN

JENAMA

1

Premium White Milk Tea Drink

MINE SHINE

2

Finest Quality Milk Tea Drink

MINE SHINE

3

Tomato Drink

RED GOLD BANK

4

Grape Seeds Drink

AGV

5

Multigrain Activate Tea

AGV

6

Vegetable & Fruit Drink

AGV

 6 Jun 2011

 * Nota : Kategori yang disyaki ialah sports drinks, minuman jus, jem,  jeli, yogurt dan clouding agent (sejenis aditif makanan)

 

LAMPIRAN 2

 

PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI LAIN YANG DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

 

BIL.

JENIS MAKANAN

JENAMA

1

Spinach Noodle

WU-MU

2

Tomoshiraga somen (noodle)

WU-MU

3

Oats Biscuits

I MEI

4

Sweet Bean Sauce

MASTER

 6 Jun 2011

Ditambah pada 05-06-2011 04:00:00