MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Kelapan Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan
Penerangan

image

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR KELAPAN

 

STATUS SEMASA PEMANTAUAN PENCEMARAN di (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM makanan IMPORT dari TAIWAN  

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP.

 

Sehingga kini sebanyak enam (6) lagi produk makanan keluaran Taiwan bagi kategori makanan yang disyaki tercemar telah dianalisis dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 1.

 

Pihak Taiwan Food and Drug Administration (FDA) pada 8 Jun 2011 telah memaklumkan KKM berkenaan dua (2) lagi produk makanan keluaran Taiwan yang telah disyaki tercemar dengan DEHP dan telah dieksport ke Malaysia iaitu Strawberry pudding powder dan Strawberry pudding yang dikilangkan oleh syarikat Signwin Food Enterprise, Taiwan.

 

Sehubungan dengan itu, KKM telah mengarahkan syarikat Delitea Sdn. Bhd. untuk memanggil balik produk makanan tersebut dengan kadar segera. KKM telah mengambil sampel untuk dianalisa DEHP. Produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya hasil analisis mendapati ia tidak tercemar dengan DEHP. Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan dinasihatkan untuk tidak memakan produk tersebut.

 

 

Berhubung dengan produk edaran Cosway (M) Sdn. Bhd. Iaitu Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix, 330g. (code : 36135) dan Oriyen Nutri Grow (girl) Cranberry Drink Premix, 330g. (code : 36136) yang dilaporkan disyaki mengandungi DEHP, KKM telah menjalankan analisis ke atas 2 produk tersebut. Hasil analisis mendapati hanya Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix, 330g. (code : 36135) disahkan tercemar dengan DEHP,  manakala produk Oriyen Nutri Grow (girl) Cranberry Drink Premix, 330g. (code : 36136) disahkan tidak dikesan DEHP.

 

Sehubungan itu, KKM akan mengarahkan Syarikat Cosway (M) Sdn. Bhd. untuk melupuskan produk Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix, 330g. (code : 36135). Bagi pengguna yang telah mengambil produk terbabit sebelum ini, KKM menasihatkan supaya tidak perlu khuatir kerana risikonya kepada kesihatan adalah rendah.  

 

Justeru itu, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan  kawalan  telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.

 

Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653.

 

DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 JUN 2011

 

 

PRODUK KELUARAN TAIWAN EDARAN COSWAY (M) SDN BHD YANG DISAHKAN MENGANDUNGI DEHP

 

BIL 

PRODUK 

KETERANGAN PRODUK 

1 

 

  Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix

Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix, 330g.

Kod : 36135

Pembungkusan: Kotak (15 sachet setiap kotak; 22g setiap sachet)
Tarikh pengilangan: 13 Ogos 2010
Tarikh luput: 13 Ogos 2013 

 

 

 

LAMPIRAN 1

 

PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI YANG DISYAKI* DAN DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

 

BIL

JENIS MAKANAN

JENAMA

1

Jelly Powder

(Diimport oleh: COCON FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.)

N/A

2

Coconut Ice

(Diimport oleh: HO CHUAN TRADING)

N/A

3

Frozen Coffee

(Diimport oleh: HO CHUAN TRADING)

N/A

4

Honey Alovera

(Diimport oleh: HO CHUAN TRADING)

N/A

5

Mango,Kumquat,Peace juice

(Diimport oleh: HO CHUAN TRADING)

N/A

6

Agar-Agar

(Diimport oleh: HO CHUAN TRADING)

N/A

 10 Jun 2011

 * Nota : Kategori yang disyaki ialah sports drinks, minuman jus, jem,

              jeli, yogurt dan clouding agent

 

CRAWLER

 

PENCEMARAN BAHAN KIMIA DEHP DI DALAM DUA PRODUK MINUMAN EDARAN COSWAY (M) SDN BHD

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli dan memakan produk Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix dengan tarikh pengilangan pada 13 Ogos 2010 dan tarikh luput pada 13 Ogos 2013 edaran Cosway (M) Sdn. Bhd.  kerana telah dicemari oleh bahan kimia DEHP. Maklumat lanjut sila layari laman web http://fsq.moh.gov.my

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

10 JUN 2011

Ditambah pada 09-06-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran