MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Kesebelas Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan
Penerangan

image

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR KESEBELAS

 

STATUS SEMASA PEMANTAUAN PENCEMARAN DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAMMAKANAN IMPORT DARIi TAIWAN  

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP.

 

Hasil pemantauan KKM mendapati produk Strawberry Syrup yang dikilangkan oleh T & M Resources Corporation, Taiwan dan diimport oleh Elegant Solution Trading, Malaysia tercemar dengan DEHP. Produk tersebut diedarkan ke kedai/kiosk yang menjual minuman bubble tea di sekitar Lembah Klang.

 

Di samping itu, KKM telah mendapat maklumat daripada Centre for Food Safety (CFS) Hong Kong berkenaan beberapa produk makanan keluaran Taiwan yang diimport ke negara ini dan disyaki tercemar dengan DEHP. Produk-produk tersebut adalah seperti berikut:

 

i. Chuang’s Square Cookies berperisa brown sugar, all wheat, almond dan sesame  keluaran Chuang’s King Tai Chang Food Co. Ltd., Taiwan yang diimport oleh syarikat Nguan Seng (1990) Sdn. Bhd.

ii. Natural Beauty Drink Powder dan Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder keluaran Prince Pharmaceutical Co. Ltd yang diimport oleh Billion Synergy Sdn. Bhd.

 

Sehubungan dengan itu, KKM telah mengarahkan syarikat-syarikat tersebut untuk memanggil balik produk makanan tersebut dengan kadar segera. Di samping itu, sampel produk makanan tersebut telah diambil untuk analisis.

 

Buat sementara waktu, semua penjual dinasihatkan supaya memberhentikan penjualan produk makanan tersebut dengan serta-merta.  Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan dinasihatkan untuk tidak memakan produk tersebut.

 

Sebanyak 15 lagi produk makanan keluaran Taiwan bagi kategori makanan yang disyaki tercemar telah dianalisis dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 1. Di samping itu, KKM juga menjalankan analisis ke atas 10 produk makanan kategori lain keluaran Taiwan yang diimport ke Malaysia dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 2.

 

Justeru itu, orang ramai tidak perlu bimbang kerana KKM akan terus memantau makanan yang diimport dari Taiwan.

 

Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653.

 

 

Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

17 JUN 2011

 

 

PRODUK MAKANAN IMPORT DARI TAIWAN YANG DISYAKI MENGANDUNGI DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP)

 

 CHUANG’S SQUARE COOKIES                   CHUANG’S SQUARE COOKIES                         

   BROWN SUGAR FLAVOUR                                            ALMOND FLAVOUR

 

 

   CHUANG’S SQUARE COOKIES                   CHUANG’S SQUARE COOKIES                         

          SESAME FLAVOUR                                                               ALL WHEAT

 

 

              

NATURAL BEAUTY DRINK POWDER        NATURAL BEAUTY FRUIT VEGE POWDER

(SYNBIO)

 

LAMPIRAN 1

PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI YANG DISYAKI* DAN DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

BIL

JENIS MAKANAN

JENAMA

1

Pudding

NEW CHOICE

2

Oriyen Fibre Full Candy

ORIYEN (COSWAY)

3

Oriyen American Ginseng Pastills

ORIYEN (COSWAY)

4

Oriyen Extra Cool Fresh Mints

ORIYEN (COSWAY)

5

Oriyen Pei Pa Luo Han Guo

ORIYEN (COSWAY)

6

Oriyen Hi-Calcium Yoghurt Chews

ORIYEN (COSWAY)

7

Oriyen Mixed Vinegar

ORIYEN (COSWAY)

8

Oriyen D’tox Trimm

ORIYEN (COSWAY)

9

Oriyen Cranberry Chewable tablets

ORIYEN (COSWAY)

10

Lychee Syrup

(Diimport oleh Elegant Solution Trading)

Tiada

11

Honey Peach Syrup

(Diimport oleh Elegant Solution Trading)

Tiada

12

Black Tea

(Diimport oleh Elegant Solution Trading)

Tiada

13

100% Cranberry& Blueberry Blend Juice

[Diimport oleh United Kanboo (M) Sdn Bhd]

Tiada

14

Power Bifidus Yogurt Drink

[Diimport oleh United Kanboo (M) SdnBhd]

Tiada

15

Japan D’tox Juice

KINOHIMITSU

 

 

*Nota: Kategori yang disyaki ialah sports drink, minuman jus, jem, jeli dan yogurt.

16 Jun 2011

 

LAMPIRAN 2

 

PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI LAIN YANG DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

 

BIL

JENIS MAKANAN

JENAMA

1

Ho Egg Noodle

SINGLONG

2

Dried Noodle

HO I

3

Fu ssu Noodle

HO I

4

White Jade Noodle

HO I

6

Matcha Milk

GREENMAX

7

Taiwan Lemon Wafer

MIC’S

8

Oat Cracker

FU YI SHAN

9

Sesame & Grainy Thin Cracker

REGIMEN HOUSE

10

Song Hua Ban Noodles

SUN CHI

 

16 Jun 2011

 

 

Ditambah pada 16-06-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran