MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Laporan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia Dakwaan Insiden Tembakan Gas Pemedih Mata & Semburan Air Di Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur – Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 (9 Julai 2011)
Penerangan
 JATA.gif

 


Kementerian  Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Tel           :603-88832533
Faks        :603-88895245
E-mail      :kamarul_zaman@moh.gov.my


 

 

 

 
 




KENYATAAN AKHBAR

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

LAPORAN JAWATANKUASA SIASATAN DALAMAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAKWAAN INSIDEN TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA &SEMBURAN AIR DI HOSPITAL TUNG SHIN,
KUALA LUMPUR –

PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0 (9 Julai 2011)

 

 

YB Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah mengumumkan mengenai penubuhan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi KKM, pada 14 Julai 2011. Ekoran daripada itu, maka pada 15 Julai 2011, jawatankuasa ini telah ditubuhkan di peringkat Kementerian.

 

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya dianggotai oleh seramai enam (6) orang pegawai pengurusan peringkat tertinggi dan pegawai kanan Kementerian, seperti berikut;

  a) YBhg. Datuk Kamarul Zaman b. Md. Isa
Ketua Setiausaha, KKM
     
  b) YBhg. Dato’ Dr Hasan b. Abd. Rahman
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, KKM
     
  c) YBrs. Tuan Mohamad Fazin b. Mahmud
Penasihat Undang-Undang, KKM
     
  d) YBrs. Dr Ahmad Razid b. Salleh
Pengarah, Bhg. Amalan Perubatan, KKM
     
  e) YBrs. Dr Wan Mazlan b. Mohamed Woojdy
S/Usaha, Majlis Perubatan Malaysia (MMC), KKM
     
  f) YBrs. En. Zailani Hj. Hashim -        Setiausaha
Ketua Komunikasi Korporat, KKM

 

Matlamat utama penubuhan Jawatankuasa ini bertujuan untuk menyiasat secara teliti dan mendalam mengenai dakwaan terhadap wujudnya semburan air (water-cannon) dan tembakan gas pemedih mata (tear gas), ke arah Hospital Tung Shin (HTS) semasa berlakunya insiden perhimpunan haram oleh kumpulan BERSIH 2.0, pada tarikh 9 Julai 2011 (Sabtu) lalu dan juga kesannya jikalau benar dakwaan tersebut.

 

Kaedah siasatan yang telah dijalankan oleh jawatankuasa ini adalah melalui pengumpulan maklumat/input secara primer (primary input), input sekunder (secondary input), sesi perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi HTS sesi lawatan ke lapangan (site-visit) dan sesi inkuiri yang dijalankan terhadap tujuh (7) orang (enam orang kakitangan dan seorang doktor perubatan yang bertugas di HTS sebagai saksi (eye-witness), terhadap dakwaan insiden berkenaan.

 

Selain daripada itu, jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak tiga (3) kali, bagi tujuan penyediaan “Laporan Interim” dan seterusnya “Laporan Akhir”, mengenainya.   

Terma rujukan (TOR) jawatankuasa yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  a) Sama ada benar atau tidak berlakunya insiden seperti didakwa ;
     
  b)  Sama ada insiden tersebut telah memberikan impak dari aspek keselamatan kepada in-house patient di HTS yang boleh menjurus kepada gangguan emosi, (emotional disturbance) kecederaan fizikal (physically hurt) , traumatic dan seumpamanya, pada hari kejadian berlaku ;
     
  c)  Sama ada telah berlaku sebarang kerosakan fizikal terhadap mana-mana bahagian bangunan atau premis HTS ekoran daripada insiden tersebut ; dan
     
  d) Sama ada berlaku sebarang situasi ‘kacau-ganggu’ (disturbance) kepada kelancaran bekerja terhadap pengamal-pengamal perubatan (medical practitioners) dan seluruh pihak pengurusan di HTS pada hari kejadian dilaporkan berlaku.

 

Berikut adalah penemuan (findings) hasil siasatan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi KKM;

  a) Berlaku semburan air (water-cannon) oleh anggota PDRM, ke arah penunjuk perasaan (demonstrators) yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama HTS (Lampiran I) ;
     
  b) Berlaku tembakan gas pemedih mata (tear gas) dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan (demonstrators) yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan HTS (Lampiran II); dan
     
  c) Berlaku lontaran ‘bom asap’ oleh anggota PDRM, ke arah penunjuk perasaan (demonstrators) yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina (Chinese Maternity Hospital) pada 9 Julai 2011(Lampiran III).
     
     

Secara amnya, telah berlaku semburan air (water-cannon)  oleh anggota PDRM ke arah kawasan hospital di mana penunjuk perasaan (demonstrators) sedang berkumpul. Sungguhpun demikian, tindakan oleh anggota PDRM tersebut adalah semata-mata untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan (demonstrators) yang sedang berkumpul di dalam kawasan HTS. 

 

Dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata kedalam kawasan HTS adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.

 

Berhubung dengan insiden lontaran bom asap, siasatan mendapati ia bukan berlaku di dalam kawasan HTS tetapi di kawasan CMH di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada HTS. Pihak CMH sebenarnya telah memberhentikan operasinya (cease hospital operation) semenjak bulan September 2006, kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh (major renovation) terhadap keseluruhan premisnya, yang akan bermula pada bulan Disember 2011.   

 

Sungguhpun demikian, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kejadian ini dan telah membawa perkara ini ke perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN), untuk diambil tindakan yang sewajarnya terhadap anggota PDRM yang terlibat (melakukan lontaran bom asap), bagi tujuan memastikan perkara yang sama tidak akan berulang lagi di masa-masa akan datang.

 

Berikut adalah penemuan (findings) berdasarkan siasatan yang telah dijalankan oleh jawatankuasa ini dari aspek ‘impak’ mengenai dakwaan insiden tersebut, iaitu:

  a) TIADA sebarang aduan rasmi telah dibuat oleh mana-mana in-house patient, ataupun ‘penjaga’ kepada in-house patient ataupun ‘pelawat’ kepada in-house patient kepada pihak pengurusan HTS, terhadap sebarang kecederaan, ‘kacau-ganggu’ (disturbance) ataupun traumatic, ekoran daripada insiden pada 9 Julai 2011;
     
  b) Akibat daripada rempuhan oleh para penunjuk perasaan (demonstrators) maka berlaku kerosakan kepada pagar di sebelah tempat parkir kenderaan HTS; dan
     
  c) TIADA sebarang gangguan berlaku terhadap operasi dan pengurusan di HTS pada hari berkenaan.

 

DATUK KAMARUL ZAMAN BIN MD ISA

Ketua Setiausaha

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Tarikh:          Oktober  2011. 

Ditambah pada 04-10-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran