MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pengurusan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Serta Penggunaan Laras Bahasa Pada Bahan Promosi Risalah
Penerangan

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

PENGURUSAN AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN SERTA PENGGUNAAN LARAS BAHASA PADA BAHAN PROMOSI RISALAH

 

Penemuan audit berkenaan perbezaan sebut harga bagi kempen melalui laman sosial Facebook dan Twitter adalah kurang tepat kerana terdapat perbezaan skop dan aktiviti di antara kedua-dua laman sosial Kempen Tak Nak Merokok dan Irtervensi Penyakit Tidak berjangkit (NCD). Sebut harga laman sosial Kempen Tak Nak Merokok meliputi tambahan skop bagi menarik lebih ramai pengunjung serta penglibatan terus termasuk aktiviti-aktiviti yang khusus seperti pertandingan-pertandingan, aktiviti-aktiviti bersama Facebook dan Twitter followers, aktiviti bersama masyarakat, membekal rollup bunting berkaitan kempen untuk mempromosikan laman page dan membekal take home health promotion materials.

 

Kementerian Kesihatan kini telahpun mengambil langkah untuk membangunkan dan menyelenggara laman sosial Facebook secara dalaman (in-house) dan tidak lagi menggunakan perkhidmatan syarikat.

 

Bagi memastikan penggunaan laras bahasa, ejaan yang betul dan mesej yang mudah difahami, Kementerian telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut: 

 

(a)         Melantik pasukan editorial bagi memastikan isi kandungan setiap bahan promosi yang dikeluarkan dibuat semakan dengan teliti dari segi laras bahasa dan ejaan;  

 

(b)         Merujuk kepada pakar bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka; 

 

(c)         Merujuk kepada Institut Terjemahan Negara bagi perkataan Bahasa Inggeris yang ditukar ke Bahasa Melayu; dan 

 

(d)         Menjalankan pre-test bagi setiap mesej bahan pendidikan kesihatan. 

 

 

DATUK FARIDA MOHD ALI


 

Kenyataan Akhbar lengkap sila rujuk Lampiran

Ditambah pada 03-10-2013