MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kementerian Kesihatan Akan Bertindak Tegas Terhadap Penjualan Rokok Tanpa Amaran Kesihatan Bergambar Atau Dijual Di Bawah Daripada Harga Minimum Rokok Termasuk Rokok Haram
Penerangan
 JATA.gif

PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KESIHATAN AWAM) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
 
[OFFICE OF THE DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF HEALTH(PUBLIC HEALTH) DEPARTMENT OF PUBLIC HEALTH MINISTRY OF HEALTH, MALAYSIA]

ARAS 12, BLOK E7, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62590 PUTRAJAYA

 

 


Tel: 03-88832544
Faks: 03-88895601

 

 

KENYATAAN AKHBAR TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KESIHATAN AWAM) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KEMENTERIAN KESIHATAN AKAN BERTINDAK TEGAS TERHADAP PENJUALAN ROKOK TANPA AMARAN KESIHATAN BERGAMBAR ATAU DIJUAL DI BAWAH DARIPADA HARGA MINIMUM ROKOK TERMASUK ROKOK HARAM

 

Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius terhadap penjualan Rokok haram yang berleluasa kebelakangan ini. Rokok haram biasanya tidak dicetak Amaran Kesihatan Bergambar serta dijual dengan harga di bawah daripada Harga Minimum Rokok (RM 7.00) iaitu di antara RM 2.00 hingga RM 3.50 sepaket. Kementerian Kesihatan adalah komited untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap rokok haram. Rokok haram selain daripada salah kerana tidak membayar cukai Kerajaan, ia juga amat meragukan dari segi keselamatan penggunaannya.

 

Kementerian Kesihatan amat bimbang dengan tren para perokok sekarang yang gemar membeli rokok haram yang didakwa hampir mencecah 40% daripada pasaran rokok. Para perokok yang membeli dan menggunakan rokok haram selain daripada salah dari segi undang-undang, tren yang tidak sihat ini juga dikhuatiri akan merosakkan kesihatan para perokok dan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

 

Rokok haram didapati melanggar pelbagai peruntukan di dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Selain daripada tidak dicetak Amaran Kesihatan Bergambar dan dijual dengan harga di bawah daripada Harga Minimum Rokok. Rokok haram juga tidak dicetak alamat Pengilang atau Pengimport dan yang paling membimbangkan adalah tidak dipantau paras kandungan Tar dan Nikotinanya.

 

Rokok haram berkemungkinan besar mengandungi paras Tar dan Nikotina yang jauh melebihi paras yang dibenarkan dan Kementerian Kesihatan juga tidak menolak kemungkinan bahawa rokok haram mengandungi bahan-bahan kimia yang sangat merbahayakan kesihatan serta boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit barah (kanser).

 

Kementerian Kesihatan memberi amaran keras bahawa Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap mana-mana peniaga atau peruncit yang menjual rokok yang tidak dicetak Amaran Kesihatan Bergambar atau dijual dengan harga di bawah daripada Harga Minimum Rokok termasuk rokok haram. Tindakan yang akan diambil termasuk mengenakan kompaun minimum RM 500.00 atau menghadapkan penjual rokok haram ke mahkamah dengan hukuman tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. Kementerian Kesihatan akan melancarkan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran terhadap rokok haram dalam masa yang terdekat.

 

Selain daripada tindakan penguatkuasaan seperti di atas, Kementerian Kesihatan juga akan mempertimbangkan langkah-langkah tambahan yang lebih tegas bagi tujuan memerangi rokok haram yang termasuk:

 

  1. Mengharamkan jenama-jenama rokok yang sering dijumpai sebagai rokok haram.

  2. Bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menarik balik serta membatalkan lesen peniaga yang didapati menjual rokok haram.

  3. Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap orang awam yang didapati membeli, memiliki atau menggunakan rokok haram.

  4. Mengadakan tanda sekuriti tambahan pada paket rokok.

  5. Bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan lain-lain agensi penguatkuasa untuk tidak membenarkan jenama rokok yang sering dijumpai sebagai rokok haram itu diimport ke Malaysia serta melancarkan operasi bersepadu bagi memerangi rokok haram.

 

Kementerian Kesihatan memohon kerjasama dan mengalu-alukan orang ramai untuk memberikan maklumat tentang penjualan rokok haram. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan penjualan rokok haram boleh menghubungi Infoline Kementerian Kesihatan Malaysia di No: 03-8883 4400. Segala maklumat yang diberikan adalah dijamin sulit.

Kementerian Kesihatan adalah komited untuk melindungi kesihatan rakyat. Saya ingin merayu kepada para perokok agar berfikiran waras dan membuat pilihan yang bijak. Sebaik-baiknya janganlah merokok dan jangan membeli rokok haram kerana harganya murah tetapi harus berwaspada bahawa rokok haram adalah tidak dipantau paras kandungan Tar dan Nikotinanya disamping membeli rokok haram adalah salah di sisi undang-undang.

Akhir sekali saya ingin menasihatkan para perokok bahawa tabiat merokok amat merugikan dan berhentilah merokok hari ini juga. Kementerian Kesihatan ada menyediakan perkhidmatan berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan bagi membantu para perokok untuk berhenti merokok. Sayangilah diri sendiri dan keluarga anda dan berhentilah merokok. Bersama-sama kita berusaha menuju ke masyarakat yang bebas asap rokok.


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.


Ditambah pada 30-11-2010 04:00:00

Lampiran-lampiran