Adalah dimaklumkan bahawa pihak Seameo-Tropmed telah menawarkan kepada semua pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Gunasama) KKM yang berkelayakan untuk memohon Kursus Diploma Mikrobiologi Perubatan (DMM) mulai 3 Februari hingga 4 Julai 2014 di Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur dengan tajaan Seameo-Tropmed. Permohonan ini dibuka mulai 31 Disember 2013 hingga 9 Januari 2014. Semua dokumen hendaklah diterima oleh bahagian ini selewat-lewatnya pada 9 Januari 2014 (Khamis) sebelum jam 4 petang. Permohonan boleh dihantar melalui emel/ faks terlebih dahulu manakala hardcopy perlu dipos atau dihantar secara serahan tangan pada 9 Januari 2014 tersebut. semua permohonan hendaklah dialamatkan seperti berikut:
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Bahagian Pengurusan Latihan, KKM
Aras 6, Menara Prisma
No. 26, Persiaran Perdana
Presint 3,
62675 Putrajaya
(u.p.: Encik Kama Azidi Kamarulzaman/ Puan Pushpa Valli)
No. Telefon : 03-88850718 (Encik Kama Azidi) atau 0388856000 ext.:6188 (Puan Pushpa Valli)
No. Faks : 03-88850746
Emel : kamaazidi@moh.gov.my atau pushpa_valli@moh.gov.my
Lampiran-lampiran :
i. Application Form
ii. Borang Permohonan Mengikuti Kursus dalam Perkhidmatan P&P
iii. Syarat-syarat Permohonan
iv. Pamplet