Jemputan Ke Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke- 6 (NGIS KE- 6)
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan ‘Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke- 6 (NGIS Ke - 6)’ yang akan diadakan pada 17 - 18 Mac 2014, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Simposium yang bertemakan ‘Geospatial Pemacu Wawasan Negara’ ini diadakan bertujuan untuk menyediakan satu platform kepada komuniti geospatial di Malaysia berkumpul dan membincangkan isu-isu berkaitan maklumat geospatial terkini. Ia penting bagi merealisasikan misi kerajaan ke arah mengarusperdana penggunaan maklumat geospatial dalam pelbagai sektor dan merangsang transformasi pengurusan maklumat secara geospatial di semua peringkat. Para peserta boleh memperolehi banyak maklumat semasa sesi pembentangan oleh para pembentang serta melawat ke tapak pameran produk-produk geospatial oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Maklumat lanjut berkenaan simposium ini boleh dilayari di http://ngis.mygeoportal.gov.my.
Bersama-sama ini disertakan flyers, surat jemputan dan borang pendaftaran sebagai rujukan. Borang pendaftaran yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 17 Februari 2014. Tempat adalah terhad dan pengesahan diberikan kepada penyertaan awal (first come basis).