1 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, tiba di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, bagi memulakan lawatan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Ketibaan YB Menteri Kesihatan disambut oleh YBrs Dr. Ismuni Bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan terus ke Bilik Gerakan Banjir, JKN Kedah bagi mendengar taklimat berkenaan situasi banjir di Negeri Kedah.
Dari segi fasiliti Kesihatan, sebanyak 5 fasiliti Kesihatan terjejas dengan musibah banjir ini, iaitu Klinik Desa Lengkuas, Klinik Desa Suka Menanti (dibawah seliaan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar), serta Klinik Desa Kubang Kesom, Klinik Desa Jeneri dan Klinik Desa Kota Bukit (dibawah seliaan Pejabat Kesihatan Daerah Sik) serta 2 Kuaters Staff dan Bahagian Luar Unit Kesihatan Sekolah di Kubang Pasu.
YB Menteri Kesihatan turut melawat 4 PPS iaitu, PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong, Alor Star, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, PPS Sekolah Menengah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahawangsa, Jitra dan Sekolah Kebangsaan Bandar Darul Aman, Jitra.
Turut hadir YBhg Datuk Dr Radzi Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBrs Dr Norizan Binti Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam).
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2024-12-16 17:55:54 daripada UKK Norhanita