14 Mac 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Yayasan ROSE (Removing Obstacles to Cervical Screening) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM).
Objektif utama MoU ini adalah untuk menyokong program eliminasi kanser serviks di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat dan profesional kesihatan mengenai kepentingan pengesanan awal.
Usaha ini juga melibatkan penyebaran maklumat tentang kepentingan ujian pengesanan awal HPV sebagai langkah pertama dalam pencegahan kanser serviks.
MoU ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan kerjasama strategik antara KKM dan Yayasan ROSE bagi meningkatkan kesedaran awam dan memperluaskan akses kepada perkhidmatan pengesanan awal kanser serviks, khususnya dalam kalangan wanita kurang berkemampuan dan yang tinggal di kawasan terpencil.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Yayasan ROSE akan menyediakan kit saringan kendiri HPV secara percuma kepada wanita yang memerlukan. Dalam tempoh pelaksanaan MoU ini, dianggarkan antara 1,000 hingga 2,000 kit saringan akan diagihkan setiap tahun secara berkala di Klinik Kesihatan (KK) terpilih yang dikenalpasti bersama oleh KKM dan Yayasan ROSE.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBhg. Dato’ Profesor Dr. Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi Yayasan ROSE dan YBrs. Profesor Dr. Woo Yin Ling, Pemegang Amanah dan Pengasas Yayasan ROSE.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-03-17 15:23:41 daripada UKK Norhanita








 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERSAMA YAYASAN ROSE (REMOVING OBSTACLES TO CERVICAL SCREENING). /1.jpg)
 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERSAMA YAYASAN ROSE (REMOVING OBSTACLES TO CERVICAL SCREENING). /2.jpg)
 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERSAMA YAYASAN ROSE (REMOVING OBSTACLES TO CERVICAL SCREENING). /3.jpg)
 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERSAMA YAYASAN ROSE (REMOVING OBSTACLES TO CERVICAL SCREENING). /4.jpg)
 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERSAMA YAYASAN ROSE (REMOVING OBSTACLES TO CERVICAL SCREENING). /5.jpg)
 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERSAMA YAYASAN ROSE (REMOVING OBSTACLES TO CERVICAL SCREENING). /6.jpg)

