MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS IHYA’ RAMADAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DI DEWAN SERBAGUNA, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, PUTRAJAYA.

14 Mac 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Ihya’ Ramadan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

Majlis Ihya’ Ramadan ini meraikan warga kerja Ibu Pejabat KKM yang terdiri daripada ibu dan bapa tunggal, pegawai kurang upaya (OKU) serta saudara baharu.

Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Rozie bin Mohd Rejab yang mengingatkan hadirin tentang keutamaan bulan Ramadan sebagai peluang untuk meningkatkan amal ibadah dan memperbaiki diri. Antara pengisian majlis ialah jamuan berbuka puasa serta solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Sebagai tanda keprihatinan di bulan yang mulia ini, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad turut menyampaikan sumbangan kepada tetamu-tetamu yang diraikan.

Turut hadir YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan barisan pengurusan tertinggi KKM.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-03-17 15:47:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page