MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PERJUMPAAN PENGURUSAN TERTINGGI KKM BERSAMA ROMBONGAN PETUGAS HAJI (PERUBATAN) KE TANAH SUCI MEKAH UNTUK MUSIM HAJI 1446H/2025M

17 April 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perjumpaan Pengurusan Tertinggi KKM Bersama Rombongan Petugas Haji (Perubatan) ke Tanah Suci Mekah untuk Musim Haji 1446H/2025M.

Seramai 274 Petugas Haji (Perubatan) daripada pelbagai bidang akan bertugas di Arab Saudi bagi menyokong keperluan kesihatan jemaah haji Malaysia sepanjang musim ibadah. Menteri Kesihatan menzahirkan penghargaan kepada semua petugas yang terpilih, menyifatkan peranan mereka sebagai satu amanah besar yang bukan sahaja membawa nama negara, tetapi juga maruah perkhidmatan kesihatan awam Malaysia.

Bermula tahun 2023, KKM telah memperkenalkan sistem International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera sebagai sebahagian daripada inisiatif pendigitalan kesihatan jemaah. Maklumat kesihatan seperti sejarah perubatan, rekod ubat dan alahan kini diintegrasikan secara langsung dengan sistem pengurusan Tabung Haji.

Bagi musim haji 2025, proses ini telah didigitalkan sepenuhnya. Penggunaan Kod QR Rekod Kesihatan Haji membolehkan maklumat kesihatan jemaah dikongsi secara selamat dan efisien dengan fasiliti kesihatan di Arab Saudi, termasuk pasukan perubatan Arab Saudi sendiri. Sehingga 15 April 2025, lebih 31,000 bakal jemaah telah menjalani pemeriksaan dan didaftarkan lengkap dalam sistem ini.

KKM menyeru semua bakal jemaah haji, khususnya mereka yang berusia 65 tahun ke atas, serta penghidap penyakit kronik dan individu dengan sistem imun lemah, untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 dan Influenza sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Turut hadir YBhg Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan Malaysia dan YBrs Tuan Haji Hisham Harun Ketua Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji.

#KKMPrihatin

#SihatBersama 

#MalaysiaSihat 

#MalaysiaMADANI 

#MADANIBekerja

#TaatSetia

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-04-18 12:27:16 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page