24 April 2025- Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbiditi (NHMS) 2024 telah diluncurkan oleh YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.@
- Apa yang NHMS dedahkan?
NHMS bukan sekadar angka — ia tunjuk gaya makan rakyat dan kesannya kepada kesihatan:
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan (NHMS) 2024 dedah fakta membimbangkan:
- 63% remaja & 47% dewasa ambil gula berlebihan
- 76% dewasa lebih garam dari had WHO
- 42% remaja & 34% dewasa makan berat lewat malam
- Hampir semua kurang kalsium, Vitamin C & A
- Kurang 1% dewasa minum susu secukupnya
Tindakan KKM:
- Paket gula dikecilkan (5g
3g)
- Cukai minuman manis naik 2025
- Kempen #WarOnSalt diperluas
- Hentikan makanan berat waktu malam (majlis rasmi)
- Pendidikan pemakanan diperluas ke sekolah, komuniti & farmasi
Seruan KKM:
- Jangan tunggu sakit baru jaga makan.
- Saringan pemakanan PERCUMA di klinik kesihatan awam.
- Mulakan hari ini:
- Kurang gula. Kawal garam. Lebihkan buah & sayur.
Turut hadir:
• YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad (KSU KKM)
• YBhg Datuk Dr. Nur Fariza Ngah (TKPK, KKM)
#NHMS2024 #MakanUntukSihat #KKM #PemakananSihat #MadaniBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-04-28 16:22:51 daripada UKK Norhanita