17 Jun 2025- YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Replika Cek Program Bantuan Perubatan Yayasan UEM 2025 bertempat di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, Program Bantuan Perubatan Yayasan UEM ini telah membantu seramai 1,600 pesakit kurang berkemampuan di tiga buah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dengan jumlah keseluruhan sumbangan mencecah RM11.9 juta. Melalui inisiatif ini, beban kewangan pesakit dapat diringankan malah ianya turut memberi sinar harapan baru kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
HRC dipilih sebagai penerima tambahan dengan jumlah sumbangan sebanyak RM500,000 dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh perkhidmatan pemulihan sedia ada melalui pembelian Transcranial Magnetic Stimulator iaitu peralatan penting dalam rawatan neurorehabilitasi untuk pesakit strok dan kecederaan otak serta subsidi kos pemulihan bagi pesakit yang kurang berkemampuan.
Turut hadir YBhg. Datuk Amran Hafiz Affifudin, Pengarah Urusan UEM Group Berhad merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan UEM, YBrs. Dr. Nor’Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM serta Pengurusan Tertinggi hospital yang terlibat.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-06-19 16:33:37 daripada UKK Norhanita