25 Jun 2025 — Terletak di pedalaman Ulu Entabai, Pakan, Sarawak, Klinik Kesihatan Nanga Kemalih mula beroperasi pada 2012 di bangunan sementara (bekas stor) sebelum berpindah ke fasiliti kekal moden pada 24 September 2024.
- KKM terus komited menaik taraf fasiliti daif.
Pada 2024: Sebanyak 422 projek dilaksanakan dengan RM150 juta.
Pada 2025: Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi 460 projek.
Di Sarawak sahaja, RM19 juta telah disalurkan untuk 39 klinik kesihatan pada 2024.
Latar Belakang
- Mula beroperasi: 16 Mac 2012 di bangunan sementara
- Tapak kekal seluas 1.97 ekar diluluskan pada tahun 2007
- Pembinaan bermula: 2016, siap: 2021
- Bangunan baharu beroperasi: 24 Sept 2024
- Penduduk sekitar: 592 orang dari 13 rumah panjang (masyarakat Iban)
Perkhidmatan Ditawarkan
- Rawatan pesakit luar
- Kesihatan ibu dan anak
- Pendidikan kesihatan & lawatan rumah
- Kesihatan sekolah & mental
- Saringan minda sihat & pencegahan NCD
Anggota Terkini
1 Pegawai Perubatan
2 Penolong Pegawai Perubatan
3 Jururawat Terlatih
1 Pembantu Perawatan Kesihatan
Perasmian Klinik Kesihatan Nanga Kemalih bukan sahaja simbol kemajuan infrastruktur kesihatan di kawasan pedalaman, tetapi juga bukti komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan akses kesihatan yang menyeluruh dan saksama untuk seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira lokasi. Turut Hadir
* YB Larry Sng, Ahli Parlimen Julau
* YB Rolland Duat Anak Jubin, Ahli Dewan Undangan Negeri Meluan
* YBrs Dr Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak
* YBrs Dr Johny Anak Kelak, Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-06-26 16:13:56 daripada UKK Norhanita














