MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

(PPHA) 2025: MALAYSIA TEROKA MASA DEPAN KESIHATAN AWAM BERPANDUKAN DATA

“Perancangan kesihatan tidak lagi boleh bergantung kepada gambaran umum. Kita mesti memanfaatkan kekuatan data yang terperinci untuk menjangka ancaman dan memperibadikan penjagaan kesihatan.”-YBMK

16 Julai 2025- Malaysia mengorak langkah penting dalam transformasi kesihatan serantau dengan penganjuran Persidangan (PPHA) 2025 dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Hilton Petaling Jaya.

Persidangan ini menghimpunkan lebih 500 delegasi dari seluruh rantau, 8 pempamer teknologi dan pemimpin kesihatan yang berkongsi aspirasi untuk membina sistem kesihatan berasaskan data, bersifat peribadi dan berpusatkan rakyat.

Sorotan Utama:

  • Kerjasama Strategik KKM–Google

KKM dan Google kini meneroka penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) bagi menangani cabaran kesihatan utama negara. Satu langkah besar ke arah menjadikan Malaysia peneraju kesihatan digital berasaskan AI di rantau ini.

  • Reformasi Kesihatan Digital
  1. 156 Klinik Kesihatan dilengkapi Cloud-based Clinic Management System (CCMS) – 70% pesakit di klinik-klinik kesihatan dilayan < 30 minit; dan
  2. Fasa 1 inisiatif “1 Individu, 1 Rekod” melibatkan:

5 juta preskripsi

20 juta rekod vaksinasi

1 juta rekod pergigian

  • MySejahtera kini berkembang menjadi gerbang kesihatan pencegahan dan platform digital nasional.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk memacu kerjasama serantau dalam tadbir urus data kesihatan, penggunaan AI yang beretika dan pembinaan kapasiti digital merentasi sempadan.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-07-17 11:40:38 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page