“Persekitaran kerja tanpa buli asas kepada sistem kesihatan berintegriti & rakyat sejahtera.”-YB Menteri Kesihatan
21 Ogos 2025 — Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja dengan tatacara khusus pengurusan kes buli. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, sebagai bukti komitmen KKM menegakkan prinsip “zero tolerance to bullying”.
Inisiatif utama:
- MyHELP – Saluran aduan ke Unit Integriti KKM (430 aduan hingga Julai 2025)
- SISPAA – Aduan rasmi perkhidmatan kesihatan
- HEARTS, AKRAB & HEAL 15555 – Sokongan psikososial & kesihatan mental.
- Modul Budaya Korporat 2.0 & waktu kerja fleksibel – Memperkukuh profesionalisme & kesejahteraan.
Garis panduan ini diedarkan ke semua fasiliti kesihatan dengan pemantauan berterusan. KKM turut bekerjasama dengan kementerian lain memperkukuh budaya kerja bebas buli.
Selaras aspirasi Malaysia MADANI, garis panduan ini meneguhkan nilai Hormat & Ihsan dalam budaya kerja KKM.
Hadir sama :
* YBrs. Dr Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
* YBrs. Dr Azuana Binti Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi)
* YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan
* Dr. Nurashikin Binti Ibrahim, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH)
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-08-22 09:58:44 daripada UKK Norhanita













