Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

DataTerbuka

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Publication
Pekeliling
OpenData
Hubungi Kami
 
 
     FAQSoalan Lazimhubungikami Hubungi Kamiaduan Aduan & Maklum Balaspetalaman Peta Laman
     
Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa  
header_new__logo

Pemakanan Sihat Semasa Berjerebu

Pemakanan Sihat Semasa Berjerebu

 

 

Pemakanan yang  sihat  adalah penting  semasa musim berjerebu  untuk mempertahankan  sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri kita dari mendapat pelbagai  penyakit yang ada kaitan dengan jerebu .

Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air diperlukan di dalam badan sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin. Air juga diperlukan untuk mengawal suhu badan dan melancarkan peredaran darah.Air penting untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh dan kadar pembakaran lemak .Minum air kosong pada masa tertentu akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan . Semasa musim berjerebu, cuaca sekeliling yang kering dan panas  akan meningkatkan keperluan tubuh terhadap cecair. Ini  adalah penting untuk menyeimbangi agar suhu badan tidak terus meningkat.

 

  1. Tingkatkan pengambilan cecair kepada 6 hingga  8 gelas air atau lebih mengikut keperluan untuk mengelakkan dehidrasi .
  2. Minum Jus serta makan  buah – buahan  dan sayur- sayuran  yang  kaya dengan  antioksida, vitamin, mineral dan serat   bagi membantu melawan penyakit.
  3. Elakkan pengambilan  minuman yang mengandungi banyak kaffein seperti kopi dan minuman beralkohol  yang  boleh menyebabkan pembuangan  air kencing yang  kerap dan boleh menyebabkan  dehidrasi.
  4. Pengambilan air suam adalah digalakkan  berbanding  minuman sejuk /berais  kerana  tubuh badan  akan kehilangan   haba  dengan  cepat yang perlu diganti semula.
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang  menyebabkan  kehausan dan  dehidrasi seperti makanan masin  atau bergaram.
  6. Makan pelbagai makanan mengikut keperluan  untuk memastikan tubuh mendapat kesemua zat makanan yang diperlukan.
  7. Pastikan  semua makanan dan minuman disediakan dalam keadaan bersih ,dimasak  dan disimpan dalam keadaan yang sesuai  sebelum digunakan untuk mengelakkan keracunan atau pencemaran makanan.
  8.  Kekal  aktif  di tempat  yang  sesuai ( Dalam bangunan  /rumah)  tetapi  elakkan atau kurangkan  aktiviti di luar  rumah. Elakkan merokok  kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan pencemaran udara.
  9. Anda digalakkan makan di rumah dan menyediakan sendiri makanan. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup atau berada di dalam bangunan. Lebih baik bungkus makanan dan makan di rumah bersama keluarga. 

  •  
  • Print
  • Email this page