MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

TAWARAN PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI KURSUS DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH/ SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) SESI 2017/2018

TAWARAN PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI KURSUS DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH/ SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) SESI 2017/2018 

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan rujukan no. JPA(I)S.179/17/2-8 Klt.5(22) 
bertarikh 13 Mac 2017 berhubung perkara yang tersebut di atas (Surat edaran JPA dan KKM disertakan).

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa permohonan dari 
Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengikuti Kursus Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/ Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) bagi sesi 2017/2018 secara sepenuh masa. 

           

3.         Pegawai yang berminat boleh mengisi permohonan secara atas talian (on-line) di Portal JPA, http://esilav2.jpa.gov.my
Tarikh tutup permohonan atas talian (on-line) adalah pada 7 April 2017. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah
dimuat turun dan dicetak untuk dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM dengan disertakan bersama-sama:

 

i)              Salinan Ijazah Pertama lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah /PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya

ii)             Salinan senarai tugas;

iii)            Salinan Buku Perkhidmatan yang terkini dan disahkan; dan 

             iv)             Surat permohonan tawaran daripada Jabatan

 

4.         Setiap permohonan perlulah lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum atau pada 7 April 2017 (jam 10 pagi) ke alamat berikut :-

 

Setiausaha Bahagian

Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya

62675 Putrajaya.

(u/p : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1)

 

5.         Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai  di bawah:

 

i)          Pn. Jaarah binti Mat, Penolong Setiausaha, LDP1

            No. Tel                        : 03-8885 0618

            Emel                           : jaarah@moh.gov.my 

 

ii)         En. Nor Azhar bin Kamaludin, Penolong Setiausaha, LDP1

            No. Tel                        : 03-8885 0693

            Emel                           : norazhar.k@moh.gov.my


Sekian terima kasih

 


  •  
  • Print
  • Email this page