Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

DataTerbuka

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Publication
Pekeliling
OpenData
Hubungi Kami
 
 
     FAQSoalan Lazimhubungikami Hubungi Kamiaduan Aduan & Maklum Balaspetalaman Peta Laman
     
Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa  
header_new__logo

Petua Kepada Peniaga/ Penjaja Makanan Di Musim Berjerebu

Petua Kepada Peniaga/ Penjaja Makanan Di Musim Berjerebu

 

 

  1. Pastikan  anda menyediakan makanan  dengan cara yang  selamat, bersih, cukup masak  dan  bertutup untuk mengelakkan  pencemaran dan keracunan makanan.

     

  2. Semua Peniaga /penjaja diwajibkan  mematuhi tatacara kebersihan diri dengan menggunakan  Alat Pelindung Diri  yang sesuai seperti  penutup  mulut, apron, sarung tangan  semasa penyediaan dan penghidangan  makanan.

     

  3.  Sediakan  pilihan makanan  yang pelbagai dan pastikan makanan yang tinggi vitamin, mineral, antioksida  serta  serat   seperti buah- buahan dan sayur – sayuran untuk memenuhi keperluan pelanggan  bagi melawan penyakit.

     

  4. Kurangkan penggunaan lemak seperti  minyak  dan santan dalam masakan.Makanan  berkuah atau bersup  adalah lebih baik berbanding makanan bergoreng.

     

  5. Kurangkan penggunaan  garam dalam masakan  kerana makanan yang masin akan menyebabkan kehausan yang meningkatkan keperluan air badan.

     

  6. Peniaga digalakkan  untuk menyediakan makanan yang telah siap dibungkus  untuk memudahkan pelanggan membawa balik makanan yang dibeli.

     

  7. Semua peralatan yang digunakan untuk menghidang  makanan seperti bain  marie, pinggan, mangkuk dan sebagainya mestilah sentiasa bertutup untuk memastikan   makanan tidak terdedah kepada jerebu atau pencemaran lain.

     

  8. Peniaga yang berada di luar  bangunan dan terdedah kepada cuaca berjerebu  hendaklah memastikan diri mereka dan pekerja memakai penutup mulut dan minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi dan mengelakkan pendedahan kepada  jerebu yang berpanjangan.

     

  9. Semua Peniaga/Penjaja serta pekerja dan pembeli makanan atau pelanggan   adalah dilarang merokok untuk  memastikan  indeks pencemaran udara di sekeliling premis makanan  tidak  bertambah buruk. 


  •  
  • Print
  • Email this page