bm en

EKSA - Logo

logoeksa

 
BULATAN

Bentuk bulat menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan warga KKM dengan menitikberatkan semangat kerjasama dan berpasukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan pangkat dalam memastikan Amalan EKSA sebagai budaya kerja. 

 

AKRONIM EKSA
Simbolik kepada makna Ekosistem Kondusif Sektor Awam secara amnya.

 

LOGO KKM
Merupakan imej korporat KKM dan secara tidak langsung merupakan penegasan bahawa logo ini adalah hak cipta KKM.

 

SISIH SUSUN SAPU SERAGAM SENTIASA AMAL
Indikator kepada amalan 5S secara amnya

 

 BIRU Melambangkan warna berprestij yang sentiasa bertenaga, yakin, segar, bersemangat dan berkarisma. Ia juga simbolik kepada komitmen dan kepercayaan warga KKM dalam memastikan kejayaan Amalan EKSA. Alunan dua tona biru melambangkan kejayaan dan kekuatan semangat jitu warga KKM bagi merealisasikan pencapaian EKSA.
 HITAM Tulisan slogan berwarna putih di kelilingi warna hitam (black stroke) merupakan simbolik penegasan kepada sikap professional warga KKM.
 PUTIH Dua garisan bulatan putih yang mengelilingi logo memberi erti keteguhan, ketelusan dan kewibawaan dalam memberi perkhidmatan yang  terbaik. Manakala tulisan berwarna putih adalah lambang kesempurnaan, kebersihan dan keselesaan yang diamalkan oleh warga KKM.
 MERAH Melambangkan komitmen anggota KKM dalam melaksana dan menjayakan amalan EKSA.

  •  
  • Print
  • Email this page