SEMAKAN PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR DENGAN / TANPA BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) DAN KUMPULAN PELAKSANA BAGI KATEGORI BUKAN GUNASAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SECARA SEPENUH MASA SESI 2018
Semakan Tawaran B (Sarjana Perubatan) boleh dibuat dengan melayari laman web ehlp.moh.gov.my mulai 10.00 pagi pada 01 November 2017 (Rabu).
Walau bagaimanapun semakan bagi Tawaran A dan E hanya akan boleh disemak melalui sistem permohonan online bermula pada Disember 2017.
Manakala keputusan permohonan Tawaran C dan D hanya akan dimaklumkan melalui email bermula pada Disember 2017.
Sekian, harap maklum
PETUNJUK:
Tawaran A. Kursus Sarjana/ Doktor Falsafah/ Area Of Special Interest
Tawaran B. Kursus Sarjana Perubatan Bagi Pegawai Perubatan
Tawaran C. Kursus Subkepakaran Bagi Pegawai Perubatan Pakar
Tawaran D. Kursus Laluan Parallel Bagi Pegawai Perubatan
Tawaran E. Kursus Sijil / Diploma / Ijazah Kumpulan Pelaksana