MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KOSPEN WOW - Pengenalan

    imagePekerja merupakan aset yang amat penting bagi produktiviti sesebuah negara. Kebanyakkan pekerja adalah dalam kalangan orang yang sihat, oleh itu pencegahan penyakit amat releven dan perlu bagi memelihara kemakmuran dan kesejahteraan pekerja itu sendiri serta individu-individu dibawah tanggungan mereka. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan 12.2 juta mati setahun kerana penyakit-penyakit tidak berjangkit semasa masih aktif bekerja. Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) WOW adalah merupakan program intervensi bagi penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Diseases, NCD) di tempat kerja. Perlaksanaannya adalah berasaskan kepada peningkatan masa pekerja berada di tempat kerja.

    Keperluan menyediakan tahap keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja terkandung di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Akta Mesin Jentara 1967 (Akta139). Di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Occupational Safety and Health Act 1994) yang menyatakan setiap majikan perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tahap optima. Begitu juga sebaliknya di bawah akta yang sama, pekerja juga mempunyai tanggungjawab untuk mengikut arahan majikan dalam semua aspek keselamatan dan kesihatan (Seksyen 24).

    Program KOSPEN WOW telah dimulakan pada tahun 2016, selaras dengan Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (National Strategic Plan for Non-Communicable Diseases, 2016-2025) bagi menurunkan beban penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia. Program ini merangkumi pekerja di sektor awam dan swasta. Sekretariat bagi program ini adalah Unit KOSPEN WOW, Sektor Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia. Agensi-agensi yang berminat untuk menjalankan KOSPEN WOW boleh email kepada kospenplus@moh.gov.my atau menghubungi pegawai-pegawai di Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.


Kemaskini pada 2022-01-10 08:58:36 daripada kospenp_admin

  •  
  • Print
  • Email this page