MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

ANMS - FAQ

 

 

 

1. Apa itu ANMS?

- Agenda Nasional Malaysia Sihat atau ANMS merupakan tawaran baharu (new deal) kerajaan yang bertujuan menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat. 
 
- ANMS telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020.
 
- ANMS menggunakan pendekatan Whole of Nation iaitu penglibatan secara menyeluruh agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Swasta serta rakyat bagi memastikan pelaksanaannya adalah secara menyeluruh. Penyertaan semua pihak ini adalah sangat penting bagi menjayakan ANMS kerana setiap pihak mempunyai peranan masing-masing dan tanpa sokongan erat akan menjejaskan pencapaian ANMS untuk menjadikan kesejahteraan kesihatan rakyat sebagai satu keutamaan.
 
Bagi mengukuhkan peranan dan pelaksanaan ANMS ini, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Kabinet ANMS pada 16 Jun 2021 seperti berikut:
 
i. Jawatankuasa Kabinet ANMS, dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri;
 
ii. Jawatankuasa Pemandu ANMS, dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan
 
- ANMS meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan melalui amalan hidup sihat seperti makan secara sihat dan selamat, tidak merokok, minda sihat, hidup aktif serta kebersihan diri dan kebersihan persekitaran
 
- ANMS dilaksanakan secara berfasa selama 10 tahun. Penentuan bagi fasa adalah bergantung kepada isu kesihatan semasa.
 
 
2. Pengenalan ANMS
 
Pandemik COVID-19 telah memberi impak bukan sahaja kepada Malaysia malah seluruh dunia dan tidak lagi terhad kepada risiko kesihatan yang boleh mengundang kehilangan nyawa, namun turut menyumbang secara langsung terhadap kerencatan aktiviti ekonomi (disruption) dalam aspek permintaan, pengeluaran, pelaburan dan pendapatan.  
 
- Impak pandemik COVID-19 juga telah mengubah aspek kehidupan sosial dan budaya rakyat Malaysia terutamanya daripada segi kelaziman kehidupan harian kepada norma baharu.  Dalam masa yang sama, telah berlaku peningkatan tahap kesedaran, amalan dan persepsi rakyat kepada kebersihan diri dan persekitaran.   
 
- Dalam hal ini, Kerajaan telah merangka satu hala tuju komprehensif merangkumi pelbagai aspek kehidupan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti kehidupan melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
 
 
 
3. Apakah halatuju ANMS?
 
- ANMS adalah hala tuju Malaysia bagi menyokong Pelan Exit Strategy dan Pelan Pemulihan Negara untuk keluar daripada kemelut pandemik COVID-19.
 
- COVID-19 sebagai ENDEMIK, mendidik dan memperkasa rakyat untuk hidup bersama virus.
 
- Jangkaan penyakit tidak berjangkit dan penyakit berjangkit akan terus menjadi ancaman kesihatan awam dalam kehidupan rakyat akibat dari cara hidup dan persekitaran yang tidak sihat.
 
- Langkah-langkah Kesihatan Awam terus diperkukuhkan melalui:
 
  • Program Vaksinasi
  • Pembudayaan Norma (Kebiasaan) Baharu dan Pematuhan SOP 
  • Pembudayaan Hidup Sihat (Kesihatan Mental dan Fizikal)
  • Kebersihan Diri dan Kebersihan Persekitaran
 
- Beban penyakit ini turut memberi kesan kepada ekonomi, sosial dan budaya.

 

4. Apakah Matlamat ANMS?
 
Menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.
 
 
 
5. Apakah Objektif ANMS?
 
- Mempromosi pembudayaan hidup sihat untuk meningkatkan kesejahteraan kesihatan.
- Menyediakan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.
- Memperkasakan rakyat dalam kawalan kesihatan kendiri.
- Memperkukuh kerjasama dalam kalangan rakan strategik untuk mencapai kesejahteraan kesihatan.
 
 

6. Kumpulan Sasar ANMS

Rakyat Malaysia

 

 

 
 
 
 
 
 
 

Kemaskini pada 2021-10-21 09:45:34 daripada HECC

  •  
  • Print
  • Email this page