MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Penyerahan Projek Bangunan Tambahan Blok Baru Hospital Putrajaya (Institut Endokrin)

22 April 2022- YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia telah menghadiri Majlis Penyerahan Projek Bangunan Tambahan Blok Baru Hospital Putrajaya (Institut Endokrin) baru-baru ini.

Majlis Menandatangani Dokumen Penyerahan tersebut antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kerja Raya, KKM telah diwakili oleh Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) diwakili oleh Datuk Ir. Hj Mohamad Zulkefly Sulaiman, Ketua Pengarah JKR.

Projek Institut Endokrin ini merupakan Institut yang pertama di Malaysia dalam bidang endokrinologi dan mengandungi 1 blok bangunan hospital 10 tingkat (220 katil), 1 blok tempat letak kereta (TLK) 700 ruang untuk kereta dan 175 untuk motosikal, satu Hybrid Smart OT (bilik bedah) yang bersebelahan dengan bilik MRI yang pertama di Malaysia.

Selain itu, institut ini juga mempunyai tiga wad (perubatan endokrin, pembedahan endokrin dan pediatrik endokrin), satu Endoscopic OT, tiga general OT, Sleep Lab, Hydrotheraphy Pool, Gymnasium, Theraphy Garden, bilik seminar dan lain-lain lagi.

Keputusan Kerajaan untuk membina Institut Endokrin ini adalah selaras dengan tekad kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan khusus di bawah perkhidmatan perubatan endokrinologi di Malaysia.

Turut hadis dalam majlis tersebut ialah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, Dato' Zainal Alhakab Seman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, KKM dan Dr. Nor Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya (JKWPKL).

image image image image

 


Kemaskini pada 2022-04-27 14:33:06 daripada BPM Nora

  •  
  • Print
  • Email this page