MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelancaran Program Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit Masjid

22 April 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit Masjid di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin pada 22 April 2022. Majlis telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan bersama Senator Datuk Hj Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit atau mQuit Services telah diperkenalkan bermula November 2015. Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit ini melibatkan kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan 14 rakan strategik yang terdiri daripada universiti awam, badan profesional, badan bukan kerajaan dan syarikat swasta.

Maklumat dan pendaftaran untuk perkhidmatan boleh dibuat melalui laman sesawang www.jomquit.com. Bagi memberikan galakan kepada golongan perokok untuk menggunakan perkhidmatan ini, perkhidmatan pemberian nasihat asas atau brief intervention secara percuma oleh sukarelawan daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah diperkenalkan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan, Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan) KKM dan Dato' Dr Sirajufdin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM.

image image image

 


Kemaskini pada 2022-04-27 15:44:13 daripada UKK Ridzwani

  •  
  • Print
  • Email this page