MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI LIBAT URUS BERSAMA INDUSTRI DAN PEMEGANG TARUH BAGI PROGRAM PENGURANGAN PENGAMBILAN GARAM DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (IPKKM)

12 Mei 2022 - YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 hadir ke Sesi Libat Urus Bersama Industri dan Pemegang Taruh bagi Program Pengurangan Pengambilan Garam di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM). 

Pengambilan garam berlebihan dan tidak terkawal boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit hipertensi, kardiovaskular, strok dan penyakit lain yang berkaitan.

Kajian pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia (MyCoSS 2019) mendapati bahawa purata pengambilan garam adalah sebanyak 7.9 gram sehari atau bersamaan dengan 1.6 sudu teh, melebihi daripada saranan iaitu kurang daripada 5.0 gram (1 paras sudu teh) sehari.

Majlis turut menyaksikan pelancaran dokumen Salt Reduction Strategy to Prevent and Control NCD for Malaysia 2021-2025. Sejajar dengan pelan ini, Kerajaan akan memperkenalkan had maksima mandatori kandungan garam bagi produk-produk makanan tertentu melalui pindaan Akta Makanan 1983. Perkara ini bagaimanapun masih dalam peringkat kajian dan dijangka akan selesai sebelum tahun 2025.

Malaysian World Action on Salt, Sugar and Health atau MyWASSH turut menyokong dan menjayakan aktiviti berkaitan pengurangan garam di Malaysia.

Turut hadir  ialah  Dr. Rabindra Romauld Abeyasinghe, wakil Head of Mission dan wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan  Singapura, Dr. Feisul Idzwan Mustapha, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, KKM, Puan Zalma Abdul Razak, Pengarah Bahagian Pemakanan, KKM dan Dr. Rosnah binti Ramly, Ketua Sektor Kawalan & Pencegahan CVD-DM-Kanser, KKM.

image

 

 

 


Kemaskini pada 2022-05-17 02:50:10 daripada UKK Ridzwani

  •  
  • Print
  • Email this page