MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

17 Mei 2022 - YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia di PICC, Putrajaya. Dalam majlis berkenaan, buku bertajuk Inisiatif Malaysia Hidup Bersama COVID-19 telah diserahkan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan kepada YAB Perdana Menteri.

YAB Perdana Menteri yang diiringi oleh YB Khairy Jamaluddin telah beramah-mesra dengan warga kerja KKM dalam majlis berkenaan.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KKM ialah YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan YBhg. Dato’ Seri Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Di samping itu, barisan Pengurusan Tertinggi KKM yang hadir ke majlis berkenaan ialah YB Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan.

image image

 

 

 


Kemaskini pada 2022-05-19 02:46:50 daripada UKK Ridzwani

  •  
  • Print
  • Email this page