MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

7 Jun 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia hadir merasmikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 di Hotel Sama-sama baru-baru ini.

Tema tahun ini adalah Makanan Selamat, Kesihatan Terjaga (Safer Food, Better Health) memberi penekanan tehadap kepentingan makanan yang bersih dan selamat dalam memelihara kesihatan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu (1) dari sepuluh (10) orang setiap tahun jatuh sakit akibat memakan makanan yang tercemar dengan bakteria, virus, parasit atau bahan kimia dan terdapat lebih 200 penyakit disebarkan melalui makanan tercemar.

Di Malaysia, situasi kejadian keracunan makanan masih terkawal. Merujuk kepada data kejadian keracunan makanan di seluruh negara, terdapat trend penurunan sebanyak 31.6% iaitu penurunan dari sebanyak 288 kes kejadian keracunan pada tahun 2020 kepada 197 kejadian keracunan makanan pada tahun 2021.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) seperti FoodPanda, Grab dan Shopee Malaysia bagi mempertingkatkan kesedaran keselamatan makanan khususnya pembelian makanan secara dalam talian (online).

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan konsep “Lihat, Hidu dan Rasa” sebelum makan bagi mengurangkan risiko kejadian keracunan makanan.

Turut hadir, YBhg Datuk Dr. Chong Chee Keong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Puan Norrani binti Eksan, Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Encik Sazly Azizuddin bin Sahami, Presiden Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia (MAFSA).

image image

 


Kemaskini pada 2022-06-23 00:37:55 daripada UKK Ridzwani

  •  
  • Print
  • Email this page